Catatan Popular

Rabu, 5 Ogos 2015

HADIS 40 ARBAIN AR-ROWI HADIS 5: BAB KELUASAN RAHMAT ALLAH



Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu telahmeriwayatkan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bahawa Baginda telah bersabda, 

“Apabila Allah telah menciptakan makhluk ciptaanNya, Dia telah menulis di dalam KitabNya dan Dia menuliskan tentang DiriNya dan Ianya telah diletakkan disisiNya di atas ‘Arash:"

Sesungguhnya Rahmatku Mengatasi Kemurkaanku.

                      
PENJELASAN HADITS 5

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Hadhrat ImamBukhari Rahmatullah ‘Alaih dari ‘Abdan dan beliau telah meriwayatkan dari Abu Hamzah dan beliau telah meriwayatkan dari Al-A’mash dan beliau telah meriwayatkan dari Abu Salih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau telah meriwayatkan Hadits ini dari Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. 

Hadits ini menyatakan tentang keluasan Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah pun dituliskanNya semenjak awal penciptaan makhluk. Setelah Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyempurnakan penciptaan makhluk-makhlukNya, Dia lalu menuliskan dalam KitabNya yang terpelihara di Lauh Mahfuz bahawa sesungguhnya Rahmat Allah adalah mengatasi kemurkaanNya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menuliskan tentang Sifat Maha Pengasih dan Maha PenyayangNya yang dapatmengatasi sifat kemarahan dan kemurkaanNya. Apa yangtelah dituliskan Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu telahdiletakkan di atas ‘Arash dan Ianya berada di sisi AllahSubhanahu Wa Ta’ala.Pengajaran yang dapat kita perolehi dari Hadits iniialah kita seharusnya berusaha mencari dan mengharapkanRahmat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam setiap amalankebajikan yang kita lakukan. Rahmat Allah akan meliputimereka yang berusaha menarik Rahmat dariNya. RahmatAllah dapat diperolehi menerusi amalan Ibadah seperti Solat,Puasa, Zakat, Zikir, menuntut ilmu, berdakwah, bersedekahdan sebagainya.Dengan berusaha memperolehi Rahmat dari AllahSubhanahu Wa Ta’ala, kehidupan kita akan menjadi lebihtenang dan tenteram disertai kebahagiaan dan kesejahteraandari sisiNya. Rahmat Allah adalah begitu bernilai keranaianya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan hartakekayaan sebaliknya hanya akan diperolehi menerusikeimanan yang teguh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala danRasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta beramal denganamalan yang Salih. 

Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah diutuskankepada ummat manusia oleh Allah Subhanahu Wa Ta’alasebagai Rahmat bagi sekelian alam. Kehidupan HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam adalah kehidupan yang di Rahmati dan setiap amalperbuatan dan perkataan Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga di Rahmati olehAllah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai amalan yang Salih.

Dengan menuruti Sunnah Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,kehidupan kita juga akan turut di Rahmati kerana segalaamalan Sunnah Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakansuatu Rahmat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepadasekelian ummat manusia bahkan untuk sekelian alam. AllahSubhanahu Wa Ta’ala mendahulukan RahmatNya kerana Iameliputi segala sesuatu dan dapat mengatasi kemurkaan dankemarahanNya. Demi menyatakan Sifat Ar-RahmanNya, Diatelah menuliskan kalimah-kalimah ini:

Inna Rahmati Taghlibu Ghadhabi
Sesungguhnya RahmatKu mengatasi KemurkaanKu.

Kalimah-kalimah ini berada di atas ‘Arash di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ianya telah berada di sana semenjak awal penciptaan makhluk lagi. Ianya dinyatakan den ganpenggunaan kalimah Tauhid iaitu lafaz“Inna” yang bererti“Sesungguhnya” yang membawa maksud bahawa ianyaadalah sesuatu yang pasti dan tidak perlu diragukan. DariRahmat Allah tersebut, maka terbitlah segala perasaan cintadan kasih sayang secara keseluruhan yang merupakanpenzahiran bagi SifatNya Ar-Rahman. Allah Ta’alamelimpahkan kasih sayangNya secara umum terhadapsekelian makhluk ciptaanNya terlebih dahulu sebelummenyatakan kemurkaanNya. Orang-orang yang berimanmahupun orang-orang kafir semuanya menerima manafaatdari limpahan kasih sayang dari Allah Subhanahu Wa Ta’alaini.

Tiada ulasan: