Catatan Popular

Ahad, 16 Ogos 2015

NOVEL ALLAH HANYA PADA NAMA SIRI 5 (NOVEL HAKIKAT)


"Habis je dia cerita dekat aku, dia pun balik ke rumahnya. Aku pun tak tahu dia masih hidup lagi ke tak sekarang ni. Apa pendapat korang dengan cerita ni?" tanya boy.

"Confirm tengah fana.." sahut Hj Dolah.

"Fana????" tanya boy.

"Mat kau jelaskan.." sahut Hj Dolah.

(sambungan bahagian 4)

Mat: "Fana tidak disertai dengan baqa. Hampeh tak bermanfaat selagi ajal belum menjelma. Baqa itu melahirkan zahiriah Insan Kamil yang di gelar Nur Muhammad, gelaran buat Nabi Muhammad SAW semasa hayatnya. Nur inilah yang membawa terpeliharanya syariat sampai hari kiamat, dan menyimpan rahsia antara Tuhan dan hambanya jauh lebih tersembunyi.

Berehat di Arasy Tuhan padang jarak padang terkukur sejauh pandangan tempat akhir perjalanan dan permulaan hayat. Alam segala arwah dengan zikir "hu hu hu" yang tidak berhuruf, tidak berupa yakni ghaib mutlak.

Maka disitu terpecahlah cermin hakikat maka bertemulah Nur dengan Nur. Nur di atas Nur. Menjadi jelas dan teranglah antara Hamba dan Tuhan. Maka kembali nama kepada empunya Nama. Maka wujudlah diri Insan Kamil, zahirnya Muhammad batinnya Allah. Terlihatlah Esa itu di dalam yang banyak dan yang banyak itu dalam Yang Esa. Pandangan kau pulak tentang fana ini man macam mana? Ceritakanlah sedikit kefahaman kau kepada kami. Kongsi-kongsi mari bicara.."

Man Gila: "Benarlah kata-kata kamu tu mat. Baru saja mencapai maqam "fana" dan ada lagi atas adalah maqam "baqa". Kena fana dulu lah baru boleh dapat baqa'. Nak dapat baqa' kena 'mati' dulu baru dapat merasai. Kalau mati sampai ajal tu dah bab lain. Kesudahan dari itu tiada alim yang mengetahui.."

Hj Dolah: "Maksudnya?"

Boy: "Apa yang korang perbualkan ni? Pening kepala aku :3"

Hj Dolah: "Jangan menyampuk kalau orang tua tengah bercakap.."

Mat: "Hahaha. Padan muka.."

Boy: "Apa kau.."

Hj Dolah: "Sssshhhhh!!"

*Mat tunjukkan ibu jarinya kepada boy*

Man Gila: "Yang dimaksudkan dengan fana di sini ialah seluruh makhluk ini bahkan juga dunia dan diri sendiri hilang kesemua sekali dalam ingatan hati kerana ia 'karam' dalam kesedapan dan kelazatan mesra kepada Allah jua dan terlenyap sama sekali kesedaran diri dan kesedaran pancaindera kerana ia dapat kemesraan yang Maha Agung kepada Allah Yang Esa jua. Fana umpama ini tidak terjadi melainkan apabila ia tersyuhud kepada salah 1 daripada 4 perkara.."

Hj Dolah: "Part ini saya tidak tahu. Apakah 4 perkara itu?"

Mat menyelit dan berkata, "Yang dimaksudkan dengan tersyuhud kepada salah 1 daripada 4 pekara itu adalah..

1) Afa'al Allah
2) Asma Allah
3) Sifat Allah
4) Zat Allah

Hj Dolah: "Maksudnya?"

Mat: "Selebihnya biar man saja yang jelaskan.."

Man Gila: "Bagi hati orang sufi yang telah suci bersih apabila ia teringat kepada perbuataan Allah (Afa'al Allah) atau kepada sifat-sifat Allah atau kepada Zat Allah nescaya datanglah ketidak sedaran kepada dirinya kerana ia karam dalam kesedapan dan kelazatan umpama itu, yang mana diberi gelaran fana “Maqam Al-Jamik”.

Apabila seorang sufi itu terdapat fana kerana ia tersyuhud kepada salah satu daripada 4 perihal tadi yakni Afa'al, Asma', Sifat dan Zat sudah tentu ia tidak dapat menyedari diri sendiri dan juga makhluk sekeliling maka diwaktu itu kerap kali terlatahlah (syataha) di mulutnya dengan perkataan “ittihad” umpama..

“Akulah Tuhan yang sebenar”

“Tiada dalam jubah (KU) melainkan Allah”

Sedangkan mereka dalam keadaan tidak sedar diri (fana) itu bukanlah bererti mereka terbaring tidur atau tidak dapat bergerak-gerak lagi jasad itu bahkan mereka kerap kali dapat berjalan seperti orang yang sihat dan bercakap dengan orang ramai tetapi tidak sedarkan orang ramai kerana “mabuk” dan “karam” kepada Allah.

Waktu itu juga mulut mereka melatah dengan perkataan “al-ittihad” seperti yang disebutkan tadi. Dalam hati orang sufi yang dalam keadaan fana dan terlatah dipanggil “wahdatul wujud” atau “al-ittihad” mengikut istilah tasawwuf. Dan mereka dalam waktu itu tidak terkena lagi dengan hukum taklip syarak kerana akal mereka “hilang” dengan kesedaran alam sekeliling.

Tiap-tiap wali atau sufi melalui dan menempuh jalan ini ada yang terselamat dari fitnah dan ada pula tidak selamat seperti Al-Halajj. Adapun maqam para nabi dan para rasul ialah maqam baqa' yang tercipta dari awal yakni ia tidak perlu menempuhi jalan fana yang menyebabkan seolah-olah jadi org gila atau mereng.."

Boy: "Tadi kau ada sebut perkataan Syuhud. Apa maksudnya?"

Man Gila: "Perkataan syuhud itu ada banyak istilah mengikut fahaman masing-masing. Kalau menurut fahaman aku syuhud adalah suatu perkara zauk yang tak boleh hendak ditakbirkan dengan lisan dan kalam. Berkata sesetengah ahli sufi..

‘siapa tak rasa maka tak kenal atau siapa tak rasa maka tak tahu’

Apabila berjaya mencapai syuhud umpama itu maka dia digelar ‘wali Allah’ atau’ al-arifbillah’ atau ‘al-wasilu illa llah’ iaitu orang yang mengenal Allah (maarifat) kepada Allah dengan jalan syuhud. Dan syuhud terdiri dari terbitnya perkataan ‘musyahadah’ iaitu seolah-olah ia semajlis atau bersetentangan di antara satu sama lain dalam majlis hadrat Allah, begitulah dirasai oleh hati para wali. Dan maqam musyahadah inilah digelar maqam “al-ihsan” sebagaimana hadis Rasulullah dan baginda menjadi pati utama yang diturunkan oleh Allah yang jarang manusia mengetahuinya melainkan para sufi/wali, nabi dan rasul Allah.

Semua wali-wali besar, nabi-nabi dan rasul-rasul adalah terdiri dari maqam musyahadah itu tetapi musyahadah dengan jalan baqa' yakni mereka kekal dalam kesedaran dengan 2 alam iaitu alam batin tetap bermusyahadah dengan Allah dan alam zahir iaitu dapat berbicara dengan makhluk ramai dan membimbing masyarakat ke arah jalan benar dan diredhai Allah serta tidak menjejaskan batin dari musyahadah dgn Allah.

Itulah digelarkan “maqam baqa billah” iaitu maqam yang tertinggi sekali dari segala maqam dan dipanggil maqam ‘al-insan al-kamil’ tetapi adalah termaklum bahawa “maqam nubuwwah” ini memang lebih tinggi lagi daripada itu kerana tidak dikatakan nabi-nabi dan rasul-rasul melainkan golongan yang menerima maqam baqa'.."

Tiba-tiba boy pun buat muka 3 sen. Mungkin otaknya pending sekejap barangkali setelah mendengar penjelasan dari Man Gila.

Mat: "Padat sekali pengisian kamu man!
Itulah penjelasan sebenarnya yang telah dijelaskan oleh Man Gila. Aku nambahin lagi pengisiannya biar cerita ini tambah seru..

Terdapat jua insan yang fana seperti yang dihuraikan oleh Man Gila iaitu boleh bergerak ke hulu ke hilir akan tetapi ada juga yang fana tidak bergerak-gerak seperti baring, duduk, bersila dan sebagainya.

Hal-hal demikian pernah terjadi satu ketika dahulu dimana seorang insan yang terlalu asyik dengan penciptaNya, (mungkin baring ketika itu) sehingga orang mengatakan beliau sudah mati,sehinggalah mursyidnya datang memanggil pulang.

Dan pernah terjadi juga sehingga dimandikan dikafankan dan ditanam.Disebabkan insan-insan sebegini bertaraf wali mungkin ada hikmah dan karomah yang hendak dinyatakan.

Dimana malam pertama orang buat tahlil untuknya beliau tersedar dan pulang ke rumah sambil membawa kain kafannya dan mencampak depan orang ramai yang sedang bertahlil itu sambil berkata..."Aku belum mati lagi".. Kemanisan madu perlu dikecapi bukan didengari.

Man Gila: "Sebenarnya perkara syuhud tidak boleh dibahaskan, tidak boleh diterangkan kerana lemah pendapat akal mahupun lidah dan pena untuk menghuraikan rahsia ini. Kalau diterang atau terterang atau tercakap atau melatah atau terucap maka tentulah pendengaran orang akan keliru. Apabila terkeliru ianya akan menjadi fitnah. Kalau menjadi fitnah sudah tentu aku, kau (mat), kau (boy) dan kau (Hj Dolah) akan kena serbu dan diletakkan dibawah ISA. Pinjam ayat mat sekejap..

“Kemanisan madu perlu dikecapi bukan didengari..”

Lihatlah apa yang terjadi pada Al-Halaj ketika ditarik oleh kuasa kelazatan fana (jazbah) maka terlatah dimulutnya (syataha) dengan kata..

“tiada dalam jubah (KU) melainkan Allah”

Hal sedemikian bukan disengajakan sebagaimana digembar-gembur oleh pihak pemerintah yang tersilap mengambil pengertian tapi hasil daripada perkara syuhud zauk yang terjadi. Kebetulan pada masa itu zaman yang membuat fitnah kepada Al-Halaj adalah kaum Fuqaha, ahli zawahir yang memang tidak mengerti rahsia tersebut.

Akhir pada tarikh 18 Zulkaedah 309 Hijrah (921 masihi) di zaman Khalifah Al-Mukataddir Billah (kerajaan Abasiyyah), Al-Halaj dihukum bunuh kerana fitnah oleh seorang ulamak feqah terkenal Ibn Daud Al-Isfahani penganut mazhab Zahiri suatu mazhab yang mementingkan segala hukum kepada nas zahir belaka dengan tidak mempedulikan rahsia hikmah di belakang itu.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..

“Kiranya Al-Halaj itu berada di zamanku nescaya aku ambilnya dengan tanganku dan aku tahan daripada fitnah pembunuhan orang dan sangguplah aku menjadi pengiringnya”

Kerana orang zawahir memang tidak mengerti rahsia syuhud itu yang hanya untuk antara kita dengan Allah jua dan tidak harus diterangkan kepad umum.

Sesetengah guru mengurung muridnya disuatu tempat yang khas dan dikunci pintu masa beramal sebab perkara sedemikian dikuatiri berlaku dan hanya dibebaskan apabila murid tersebut selepas kembali siuman. Demikian perjalanan fana sebelum seorang sufi itu mencapai maqam baqa' (al-insan al-kamil). Mahukah kalian aku ceritakan tentang kefahaman Al-Halaj ini?"

"Boleh boleh. Cerita tengah sedap ni. Teruskan.." sahut boy.

Man Gila: "Seorang ulama yang disegani di Asia Tenggara iaitu al marhum Prof Dr Hamka yang terkenal dalam bidang agama dan pentafsir Al Quran Al Azhar atas kajiannya mengikut ajaran Al-Halaj dan Ibnu Araby dalam kitabnya "Tasawwuf Perkembangan dan Pemurniannya" halaman 97 dan 98 atau Tasawwuf dari abad ke abad Prof Hamka mengatakan Al-Halaj yang mula-mula menyatakan bahawa kejadian sekalian alam ini daripada Hakikatul Muhammadiyah atau Nur Muhammad, itulah asal segala kejadian, hampir samalah pandangan ahli falsafah yang menyatakan bahawa yang mula-mula dijadikan ialah akal pertama, mengikut katanya Nabi Muhammad itu terjadi dari dua rupa, rupanya yang Qadim dan Azali.

Nur Muhammad terjadi sebelum terjadinya segala yang terjadi (alam) daripadanya di sauk segala ilmu dan irfan, rupanya sebagai manusia (jasad) dan Nabi tetap menempuh maut sementara rupanya yang Qadim tetap ada meliputi seluruh alam, maka dari Nur rupanya yang Qadim itulah di ambil segala Nur buat menciptakan segala nabi-nabi dan rasul-rasul serta segala aulia Allah.

Dalam segala kejadian dialah yang awal, dalam hal kenabian dialah yang akhir, Al Haq adalah dengan dia, dia pertama dalam hubungan, dia yang akhir dalam kenabian, dialah yang batin dalam hakikat dan dialah yang zahir dalam makrifat, Nur Muhammad itu pusat kesatuan alam dan pusat kesatuan membuat segala nabi dan nubuahnya pancaran dari sinarnya (kitab halaman 146 dan 147).

Dalam membicarakan Hakikat Muhammadiyah oleh Ibnu Araby beliau menyatakan Tuhan itu adalah Allah adalah satu dan satu, Dialah wujud secara mutlak, maka Nur Allah (Nurullah) itu sebahagian daripada diriNya (Nur Muhammad). Itulah hakikat Muhammadiyah kenyataan pertama dalam uluhiyah dan apabila Muhammad telah mati sebagai seorang nabi (jasmani) namun Hakikatul Muhammadiyah tetaplah ada jadi, Allah Adam dan Muhammad adalah satu, dan Insan Kamil adalah pada hakikatnya.

Demikian kumpulan yang berfahaman ini jika kita hendak popularkan, tetapi jika kita selidiki kedalam kitab Ibni Araby maka kita akan bertemu dengan pelbagai liku untuk memahamkannya, begitu juga untuk jalan keluar bagi memahaminya telah tersedia iaitu kata-kata rumus dan isyarat.

Fahaman tersebut jika kita tidak mempelajari akidah secara mendalam dan ilmu baloghah maka sudah tentu kita akan berhadapan dengan kekeliruan dan kesesatan, tambahan lagi jika tidak pernah mendengar istilah-istilah di atas, namun jangan ada di antara manusia mengambil mudah perkara Nur Muhammad ini kerana terdapat ayat-ayat Allah di dalam Al Quran yang menyentuh tentang Nur dan di kaitkan dengan Rasulullah SAW dan juga akidah.

Demikianlah petikan fahaman Ibnu Halaj yang jika sekali lintas fahaman tersebut memang terlalu sukar untuk difahami, akan tetapi sebagaimana yang kita katakan bahawa untuk mentafsirkan fahaman itu adalah mereka yang terdiri dari ahli-ahli sufi yang memahami ilmu Baloghah dari Al-Qur’an sahaja yang dapat memahamkan maksud Ibnu Halaj tersebut.

Jika setakat ilmu biasa sahaja maka pendapat dari ilmu Halaj tersebut, pasti ianya ditentang siang-siang lagi, tambahan pula apabila beliau berpendapat bahawasanya apabila seseorang itu meningkat kepada maqam yang tinggi iaitu maqam yang paling hampir kepada Allah, maka timbullah asyik dengan masyuknya sehingga bersatu dengan Tuhannya iaitu ketuhanan telah menjelma pada dirinya.
Oleh kerana itu tidak lagi ia berkehendak melainkan kehendak Allah belaka dalam keadaan fana kerana zauknya maka tercetuslah kalimah Anal Haq dan kalimah Allah didalam jubahnya (wama fil jubbati ilallah).

Dan pada kemuncaknya ia berpendapat bahawa menunaikan haji ke Mekah itu tidaklah perlu dikerjakan malah boleh digantikan dengan haji yang lain dengan berkhalwat untuk membersihkan dosa sehingga Kaabah datang sendiri didalam khalwatnya. Kesan dari pandangannya itu, maka ramailah diantara ulama’-ulama’ mempertikaikannya sehingga ada yang mengkafirkannya terutama ulama’ feqah seperti Ibnu Tayyimah, Ibnu Qayyim dan Ibnu Nadim. Sementara ulama’ yang berkecuali dari kalangan feqah ialah Ibnu Shuraih dari mazhab Maliki (ulama’ terkemuka), dan ulama’ yang bertaraf sufi yang membelanya ialah...

Imam Al-Ghazali (Hujatul Islam) 450 hijrah – 505 hijrah. Katanya perkataan Anal Haq yang diucapkan Ibnu Halaj itu adalah kerana tersangat cintanya kepada Allah. Apabila cintanya tersangat mendalam maka merasakan tiada berantara dirinya dengan Tuhannya (dia beserta Allah).

Jalaludin Rumi, 604 hijrah – 672 hijrah. Katanya kerana cintanya kepada Tuhan tersangat mendalam, maka rindu dan kasih sayanglah mendorong beliau menyatakan Anal Haq.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..

“Kiranya Al-Halaj itu berada di zamanku nescaya aku ambilnya dengan tanganku dan aku tahan daripada fitnah pembunuhan orang dan sangguplah aku menjadi pengiringnya”

Ad-Damiri, 181 hijrah – 255 hijrah (seorang ahli hadis, ahli tafsir dan ahli feqah yang terkenal). Beliau berkata bukanlah mudah menuduh seseorang itu menjadi kafir, kerana menuduh seseorang itu kafir adalah suatu perkara yang amat besar dan menuduhnya adalah perbuatan orang yang jahil.

Demikianlah perkara-perkara yang menjadi pertelingkahan diantara para alim ulama’ yang jurusannya berlainan. Maka jelaslah tentang Al-Halaj ini.."

Hj Dolah: "Ohhhh macam tu cerita dia.."

Mat: "Dengar saja cerita Al-Halaj ini, teringatlah saya dengan cerita Syeikh Siti Jenar.."

Man Gila: "Apakah kalian sudah khatam al-Quran?"

"Sudah.." jawab Hj Dolah. Manakala si mat menjawab, "Belum.."

*boy hanya mendiamkan diri*

Mat: "Bapak udah berapa kali khatam?"

Hj Dolah: "Saya sudah 11 kali khatam.Biar betul kamu belum khatam?"

Mat: "Bener pak, saya belum lagi khatam.."

Hj Dolah: "Tak percayalah pak cik. Kamu saja nak kenakan sayakan.."

Mat: "Udah dibilang saya belum lagi khatam. Beruntunglah bapak udah khatam 11 kali, mesti bapak udah tahu antara Aliff dan Ba mana yang duluan. Sampai sekarang saya pusing kepala pak mikirin Aliff dulu atau Ba yang duluan.."

Hj Dolah: "Mestilah perkataan Aliff dulu baru Ba.."

"Kalau pak haji sudah khatam 11 kali, saya nak tanya sesuatu.." sahut Man Gila.

Hj Dolah: "Apa dia?"

Man Gila: "Berapakah keseluruhan ayat yang terkandung didalam al-Quran?"

Hj Dolah: "6236 ayat.."

Man Gila: "Apakah maksud perkataan Aliff Lam Mim?"

Hj Dolah: "Menurut saya, ada banyak tafsirannya."

Man Gila: "Kalau begitu, berikanlah tafsiran itu kepada saya. Saya mahu dengar, bahkan mat dengan boy mungkin ingin tahu juga.."

Hj Dolah: "Huruf Aliff adalah hakikat diri kita yang sebenar-benarnya. (Alif itu martabat zat). Huruf Lam itu adalah perantaraan (Jibril). Huruf Mim adalah Muhammad (Nama bagi nur yang cerah lagi tajalli).

Adapun..

Huruf Aliff itu adalah Hakikat Diri = Roh atau nyawa kita. Lam adalah Hakikat perantaraan atau Rasul. Mim pula adalah Muhammad yakni Nur Muhammad. Sehingga maknanya adalah untuk kembali menemui asalNya roh (Iaitu Allah SWT), maka mestilah ada Rasulnya atau perantaranya iaitu Nur Muhammad. Bahkan Jibril pun tidak boleh tajalli kepada Allah SWT.

Adapun..

Alif itu adalah Zat (KunhiZhat). Lam itu adalah Adam yakni tubuh. Dan Mim itu adalah Muhammad. Muhammad itu bukanlah perantaraan, sebabnya ialah Muhammad itu ialah Nur Muhammad (Roh) yang tak berwajah atau bentuk. Ia hanyalah Nur yang dijadikan dari Nur Allah. Muhammad adalah Rasul.

Adapun..

Huruf Aliff itu adalah tegak, Lam pula nampak dan Mim itu nyata. Maknanya, Aliff tegak puji bagi Allah tegakkan perjuangan sebagai pengemban Amanah Allah sucikan hati, niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Lam pula nampak puji bagi malaikat nampak terlihat semua isi alam ini kalam-kalam alam, sucikan lidahmu dengan ucapan yang benar dan Mim itu nyata puji bagi Muhammad nyatakan dalam perbuatanmu kerana engkau diutuskan ke muka bumi untuk menyatakan kebenaran dan memerangi kemungkaran baik dalam bentuk dirimu sendiri mahupun bagi seluruh umat.

Adapun..

Alif = Allah ertinya (Kata-kata Allah dan seluruh kekuasaannya)
Lam = Lisan ertinya (yang disampaikan melalui Jibrail)
Mim = Nabi Muhammad SAW ertinya (wahyu yang diperturunkan oleh Allah untuk Umat Muhammad SAW dan disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW)

Adapun..

 ا = Alif menjelaskan manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf “Alif” tersebut. Iaitu, manusia yang selalu mentaati segala perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, menjaga hawa nafsunya, mula dari pertama dia dilahirkan sampai dengan meninggal dunia. Yang mana jalan hidupnya selalu diredho’i oleh Allah SWT. sehingga syurga Firdaus selalu menantikan manusia–manusia seperti ini.

Huruf kedua, iaitu “ ل = Lam ” menjelaskan manusia yang jalan hidupnya seperti huruf “Lam”, ketika dia baru dilahirkan dia berada dijalan yang lurus. Tetapi setelah menjalani tahapan kehidupan, ketika dia menjadi kanak-kanak peringkat kepada remaja dan dewasa dan sebelum meninggal dunia dia telah belok kekiri, dia meninggalkan semua kewajiban, tidak mentaati Allah SWT dan Rasul–Nya. Dia melupakan jalan kehidupan yang seharusnya dia lalui, jalan lurus yang sudah diberikan oleh Allah SWT sebelum dan ketika dia dilahirkan dibumi melalui hidayahNya. Dan malaikat Malik pun sudah siap menunggunya dipintu neraka.

Huruf ketiga, iaitu م = Mim menjelaskan manusia yang jalan kehidupannya seperti huruf “Mim”. Dia berpusing-pusing dalam kehidupannya mencari kebenaran, tapi diakhir tahap pencariannya dia menemukan jalan lurus. Yang mana ketika dia baru dilahirkan, dia berada dijalan yang lurus. Tapi ketika dia beranjak dewasa dia berpusing-pusing sendiri dalam kehidupannya mencari jalan kebenaran sejati. Dan akhirnya dengan izin Allah SWT diakhir pencariannya, dia menemukan jalan yang diredho’i oleh Allah SWT. Dan syurga pun siap menerimanya.

Adapun..

Berdirilah dia dengan sendirinya seperti huruf “Alif”. Rukuklah dia dengan sendirinya seperti huruf “Lam”. Sujud dan duduk dia dengan sendirinya seperti huruf “Mim”.

Man Gila: "Walaupun Pak Haji sudah khatam 11 kali, benarkah jawapan-jawapan yang Pak Haji berikan itu? Dari jawapan yang Pak Haji sebutkan Aliff dulu baru Ba, ayat al-Quran ada 6236 ayat dan tafsiran Aliff Lam Mim ini?"

*Hj Dolah terdiam*

Tiada ulasan: