Catatan Popular

Rabu, 5 Ogos 2015

HADIS 40 ARBAIN AR-ROWI HADIS 3: BAB DOA SEBELUM TIDUR DAN BANGUN PAGI



Hadhrat Huzaifah Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata bahawa, adalah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika pergi ke tempat tidurnya pasti berdoa:

“Allahumma Bismika Ahya Wa Amut,”
 Dan ketika pagi Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam akan berdoa:

“Alhamdu Lillahil Ladzi Ahyana Ba’da Ma Amatana Wa Ilaihin Nusyur.”


 PENJELASAN HADITS 3

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah ‘Alaih dari Muslim dan beliau telah meriwayatkan dari Syu’bah dan beliau telah meriwayatkan dari ‘Abdul Malik dan beliau telah meriwayatkan dari Rib’iydan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Huzaifah  Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau telah meriwayatkan Hadits inidari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam. Dalam Hadits ini Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menunjukkan kepada orang yang berada di sampingnyatentang doa yang dibacanya ketika hendak tidur pada waktu malam dan doa yang dibacanya pada waktu pagi ketikabangkit dari tidur.Hadhrat Huzaifah Radhiyallahu ‘Anhu adalah seorang Sahabat yang amat rapat dengan Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dansering berada di rumah Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Beliau selalu melihathal keadaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika hendak tidur dan ketika bangkit dari tidur.Ketika hendak tidur Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan membaca doa berikut:

 Allahumma Bismika Ahya Wa Amut
 Wahai Allah, dengan NamaMu aku hidup dan aku mati.

Ketika bangun dari tidur pada waktu pagi, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam akan membaca doa yang berikut ini:

Alhamdu Lillahil Ladzi Ahyana Ba’da Ma Amatana Wa Ilaihin Nusyur 

Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mana Dia telah mematikan kita dan kepadaNyalahtempat kembali.

Hadits ini mengajarkan kita tentang doa yang menjadi amalan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika tidur dan bangun dari tidur. Bagi mereka yang cintakan Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sudah tentu akan menjadikan doa ini sebagai amalan dalamkehidupannya kerana di samping memperolehi pahala kerana menuruti Sunnah, kehidupan mereka sentiasa akanter pelihara dan diberkati. Dalam doa ketika hendak tidur ini, kita menyeru Allah dengan Nama ZatNya dengan sebutan “

Allahumma” yang bermaksud kita menyeru Allah dengan kesemua himpunan Nama-NamaNya yang terbaik dan yang hanya diketahui olehNya. Dengan Nama Allah ini apabila seseorang itu menyebutnya dengan hati yang ikhlas maka dia akan terpelihara dari sebarang kemudharatan sesuatu apa pun sama ada di bumi mahupun di langit dan apa yang ada diantara keduanya. Maka dengan menyebut Nama Allah yang merangkumi sekelian Nama-NamaNya ketika kita hendak tidur akan meletakkan kita dalam benteng  pemeliharaan AllahSubhanahu Wa Ta’ala

Sesungguhnya Dialah Zat yang menghidupkan dan mematikan sekelian makhlukNya termasuklah diri kita sekelian ummat manusia. Dengan menyebut NamaNya ketika hendak tidur juga akan memelihara keselamatan diri kita dari sebarang gangguan Jin dan Syaitan. Dalam doa ketika bangkit dari tidur pula, kita menyatakan pujian terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala yangtelah menghidupkan kita kembali setelah kita dimatikan sementara sewaktu ketika sedang tidur. 

Tidur adalah ibaratkematian kecil bagi manusia dan sebagai perumpamaan kepada kematian besar yang pasti akan dihadapi oleh sekelian manusia dan jin.Setelah sekelian manusia dimatikan oleh Allah pada Hari Qiyamat, mereka akan dibangkitkan kembali pada Hari Berbangkit untuk menuju ke Padang Mahsyar untuk menghadiri Hari Pengadilan dan Pembalasan atas segalaamalan Agama yang telah dikerjakannya ketika hidup di Dunia.Sebagai Ummat Islam yang mencintai Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, hendaklah kita mengamalkan pembacaan doa-doa ini ketika mahu masuk tidur dan ketika bangkit dari tidur danhendaklah kita mengajarkannya kepada seluruh ahli kaum keluarga kita agar mereka juga dapat beramal dengannya.Mudah-mudahan menerusi pengamalan doa-doaMasnun ini akan dapat memelihara diri kita dan sesiapa jugayang mengamalkan pembacaannya dari sebarang kejahatan yang diciptakan oleh Allah serta menempatkan kita di dalam benteng pertahananNya yang kukuh.

Tiada ulasan: