Catatan Popular

Rabu, 5 Ogos 2015

HADIS 40 ARBAIN AR-ROWI HADIS 4: BAB DOA MEMELIHARA ZURIAT



Hadhrat Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkatabahawa Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam telah bersabda,

“Jikalau seseorang dari kamu hendak mendatangi isterinya maka hendaklah berdoa:

Bismillah, Allahumma Jannibnash Syaithana Wa Jannibish Syaithana Ma Razaqtana”, maka jika sekiranya Diamentaqdirkan antara kedua-duanya anak menerusi jalinanperhubungan itu, Syaitan tidak akan dapat mendatang kan sebarang mudharat kepadanya buat selama-lamanya.


PENJELASAN HADITS 4

Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah ‘Alaih meriwayatkan Hadits ini dari Qutaibah bin Sa’id dan beliau telah meriwayatkan dari Jarir dan beliau telah meriwayatkan dari Mansur dan beliau telah meriwayatkan dari Salim dan beliau telah meriwayatkan dari Kuraib dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma dan beliau telah meriwayatkan Haditsini dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam.Dalam Hadits ini Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengajarkan kita dengan suatu doa yang akan dapat memelihara zuriat-zuriatdan keturunan kita iaitu doa yang seharusnya dibacakan ketika seseorang lelaki Muslim hendak melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya yang Muslimah.Setiap bangsa manusia mahupun haiwan kesemuanya 

membiak menerusi perhubungan kelamin yang telah berlakuturun-temurun semenjak zaman Hadhrat Nabi Adam‘Alaihissalam lagi. Perhubungan kelamin yang halal adalahmenerusi pernikahan yang sah dan sekiranya berlakuperhubungan kelamin tanpa pernikahan yang sah makaadalah jelas bahawa ianya adalah perkara yang haram.Ada manusia yang dilahirkan ke Dunia tanpa terlepasdari gangguan dan godaan Syaitan dan ada juga manusiayang terpelihara dari gangguan dan godaan Syaitan iaituanak-anak yang terhasil menerusi perhubungan kelamin duaorang ibu bapa yang Salih dan Salihah yang mengamalkanpembacaan doa ketika hendak melakukan persetubuhan.

Doa yang diajarkan oleh Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalahseperti berikut:

Bismillahi Allahumma Jannibnash Shaithana Wa Jannibish Shaithana Ma Razaqtana
Dengan Nama Allah; Wahai Allah peliharalah kami dariSyaitan dan peliharalah dari Syaitan apa yang telah Engkaurezekikan kepada kami.

Dalam doa ini Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengajarkan kitabagaimanakah cara untuk memperolehi anak-anak yangterpelihara dari gangguan Syaitan. Jaminan yang telahdiberikan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah jaminan yang kekalselama-lamanya. Dengan Rahmat Allah, bayi yang terbentukdalam kandungan si ibu akan terpelihara dari sebarangkemudharatan ketika di dalam perut lagi kerana ianya terciptadengan keizinan dan pemeliharaan dari Allah Subhanahu WaTa’ala dengan berkat pembacaan doa si bapa ketikamelepaskan air maninya ke dalam Rahim si ibu.Selama berada dalam kandungan Rahim, air manitersebut akan bertukar menjadi darah dan seterusnya menjadidaging dan kemudian akan ditumbuhi dengan tulang yangdisaluti dengan daging. Kemudian Allah Ta’ala meniupkanRuh ke dalam jasad bayi di dalam kandungan dan si ibu akanmengandung selama lebih kurang sembilan bulan sepuluhhari.

Ketika berada di dalam kandungan sebelumdikeluarkan ke Dunia, segala Taqdir ketentuan hidup bayitersebut telah dituliskan sama ada dia bernasib baik ataupuncelaka. Yang celaka adalah mereka yang sentiasa diganggudan digoda oleh Syaitan dan Hawa Nafsu serta menurutinya,manakala yang bernasib baik adalah mereka yang mendapatRahmat dan perlindungan serta pemeliharaan dari AllahSubhanahu Wa Ta’ala dalam kehidupan Dunia dan Akhirat.Kelahiran anak adalah merupakan rezeki yang tidakternilai dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Ianya adalah hasildari penyatuan cinta dan kasih sayang serta hasil penyatuan jiwa dan raga kedua-dua orang ibu dan bapa. Ibu bapa yangberiman sudah tentu mahu melahirkan zuriat-zuriat yangberiman serta terpelihara dari segala kejahatan gangguan dangodaan Syaitan dalam kehidupan mereka.Ibu bapa yang beriman hendaklah sentiasa berdoa disamping mengingati Allah dalam setiap amal perbuatanwalaupun ketika mereka sedang melakukan perhubungankelamin. Mudah-mudahan anak-anak yang terhasil dariperhubungan kelamin dua orang ibu bapa yang berdoa danberzikir kepada Allah akan menghasilkan zuriat-zuriat yangSalih dan Salihah.Di samping itu kita juga hendaklah selalu mendoakanuntuk kebaikan anak-anak kita supaya menjadi orang-orangyang beriman, bertaqwa, beramal Salih, memelihara Solah danterpelihara dari sebarang kejahatan Jin dan Syaitan. Mudah-mudahan Allah Ta’ala memelihara sekelian anak-cucu danzuriat keturunan kita sehinggalah ke Hari Qiyamat danmenjadikan mereka sebagai asbab Hidayah untuk seluruhUmmat di seluruh muka alam sehingga Qiyamatnya dunia ini

Tiada ulasan: