Catatan Popular

Ahad, 2 Ogos 2015

BENTUK ALAM ALLAH YANG MENGKAGUMKAN: FASAL (1) SIKAP ILMI TERHADAP ALAM DALAM ZAMAN PERMULAAN.



(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI) 

OLEH  USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN (GURU KU, AHLI SUFI, DAN SEJARAWAN  DUNIA HEBAT  YANG TERSEMBUNYI)

Menggambarkan konsep asal umat Islam mengenai alam dan zaman permulaan dan cara mendapatkannya.
           

1 PENDAHULUAN.

Ada tiga peringkat zaman yang memberikan tiga corak pendapat yang penting dalam kalangan umat Islam berhubung dengan bentuk alam yang disebut di dalam kitab suci Al-Quran. Ketiga- tiga pendapat ini perlu ditinjau sebelum anda melangkah untuk memahami alam menurut bentuk yang akan dikemukakan dalam buku ini.

Tiga corak pendapat yang penting itu adalah sebagai berikut:

1 . Pendapat yang dipengaruhi oleh sikap alami terhadap alam, dalam zaman permulaan.

2. Pendapat yang dipengaruhi oleh sistem Ptolemy dalam zaman pertengahan.

3. Pendapat yang dipengaruhi oleh astronomi dan kosmologi moden dalam zaman moden.

Ketiga-tiga pendapat dalam tiga zaman ini akan dibincangkan secara berasingan dalam bahagian ini sebagai permulaan kita bincangkan mengenai sikap alami terhadap alam dalam zaman permulaan itu.

Dua sikap pandangan manusia terhadap alam, satunya sikap alami dan satu lagi sikap tabii. Sikap tabii adalah suatu sikap pandangan terhadap alam secara pandangan biasa, tanpa melihat apa yang ada di sebaliknya. Menyifatkan bumi tempat tinggal kita ini sebagai terhampar adalah suatu sikap tabii, manakala menyifatkannya sebagai bulat adalah hasil dari melihat apa yang ada di sebaliknya dan ini dinamakan sikap alami.


2. SIKAP TABI’I DALAM AL-QURAN DAN HADITHs.

Dalam Al-Quran dan hadis memang terdapat sikap tabii ini dalam pandangan terhadap alam.Bumi terhampar, matahari berjalan naik dari timur turun ke barat, air hujan turun dari langit,planet-planet dan bintang-bintang menjadi hiasan yang bergemerlapan di langit, langit tujuh lapis bersama Arasy di atas sebagai yang terlungkup di atas kepala kita, manakala bumi tujuh lapis terhampar di bawah tapak kaki kita, adalah di antara contoh-contoh yang biasa ditemui dalam Al-Quran dan hadis.

Tujuan kedua-duanya memberikan penerangan dengan cara demikian, nampaknya kerana dengan faktor-faktor penting. Yang pertama: Menyesuaikan keterangan dengan tingkatan akal manusia umumnya supaya mudah diterima dan, Yang kedua: Menyesuaikan keterangan dengan lapangan kehidupan harian manusia, baik orang- orang jahil atau orang-orang terpelajar, baik pada zaman purba atau pada zaman moden.

Umpama seorang hendak menyatakan waktu dalam hubungannya dengan matahari, ia berkata:

"Saya keluar dari rumah waktu matahari naik dan pulang waktu matahari jatuh. "

Tidak ada siapa pun dalam dunia ini yang berkata demikian:

"Saya keluar dari rumah waktu pusingan bumi berada pada darjah yang hampir dengan nampaknya seluruh bulatan matahari dan saya pulang ketika pusingan bumi berada pada darjah yang hampir dengan lenyapnya seluruh bulatan matahari. "

Kalau anda bercakap demikian, si pendengar akan pening kepala, anda akan ditertawakan orang, malah oleh ahli astronomi sendiri. Mengapakah demikian? Ini membuktikan betapa kuatnya pengaruh sikap tabii dalam pemikiran manusia dalam kehidupan harian. Tanpa mengira zaman dan tempat. Inilah peluang yang dipergunakan oleh tuhan yang maha mengetahui dan rasulnya untuk menanamkan agama dalam diri manusia, kerana yang dipentingkan dalam agama ialah iman, bukan alam. Yang pertama adalah tujuan, sedangkan yang kedua Cuma alat untuk sampai kepada tujuan itu.


3. MENCAPAI SIKAP ILMI MENERUSI AL- QURAN.

Tidak syak lagi bahawa rasulullah sallallahu alaihi wassalam mempunyai sikap alami terhadap alam yang jauh lebih tinggi dan lebih lengkap dari manusia yang lain seluruhnya sejak dari nabi Adam alaihi salam sampai kepada hari kiamat, mikrajnya ke alam atas sampai kepada tempat yang tertinggi adalah meyakinkan lagi apa yang telah diketahui selama ini. Meskipun demikian, bukanlah bererti sekalian orang mukmin dalam zaman permulaan itu, selain dari rasulullah sallallahu alaihi wassalam mempunyai sikap tabii dalam pandangan terhadap alam. Berdasarkan sisa-sisa dari kata-kata ulama salaf berupa fragmen-fragmen yang bertaburan di sana-sini, yang beberapa daripadanya dipetik dalam buku ini sebagai saksi-saksi untuk memperkuatkan keterangan kita, membuktikan bahawa mereka mempunyai sikap alami dalam pandangan terhadap alam. Timbulnya sikap ini, nampaknya bukan sahaja kerana mereka memahami ayat-ayat Al-Quran dengan fikiran atau mendengar dan memusakai hadis-hadis dari rasulullah sallallahu alaihi wassalam atau kerana mendengar dan mempelajari kitab-kitab kuno dari agama-agama sebelum mereka. Malah juga kerana pengalaman-pengalaman mereka sendiri dan ini tidak syak lagi mereka dapati menerusi ibadat iaitu amalan-amalan dari ayat-ayat Al-Quran atau zikir-zikir menurut fatwa-fatwa yang diberikan oleh rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan sahabat-sahabat besarnya.

Di antara yang patut dicatat nama-nama mereka di sini ialah Abdullah bin Abbas, sepupu rasulullah sallallahu alaihi wassalam yang terkenal dengan Ibnu Abbas, Abdullah bin Masud, Jabar bin Abdullah Al-Ansari, Salman Al-Farisi, Abu Hurairah, Abu Zar Al-Ghafari, Abdullah bin Salam, Ka'ab Al-Ahbar, Mujahid bin Jabir, Thawas bin Kusan Al-Yamani dan Wahab nin Manbah.

Biasanya penulis-penulis sejarah kebudayaan Islam menghubungkan ilmu mereka yang mendalam dari sebab hubungan lahir mereka dengan rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan sahabat-sahabatnya, lebih-lebih lagi Abdullah bin Abbas sebagai ahlul bait yang tentu mempunyai kesempatan yang lebih dari orang lain dalam mendapat maklumat-maklumat. Juga tokoh-tokoh yang pernah memindahkan Israeliyat 1 ke dalam kebudayaan Islam seperti Abdullah- bin Salam, Kaab bin Al-Ahbar dan Wahab nin Manbah, biasanya mereka dihubungkan dengan pengajian mereka dalam kitab-kitab Taurat dan lain-lainnya kitab purba dari agama-agama Yahudi dan Kristian.

Sesiapa yang pernah mengalami manfaat ibadah, tentu tidak akan merasa puas hati dengan analisa yang bersifat kebendaan semata-mata seperti itu, dalam beberapa tulisannya, kehidupan kerohanian tokoh-tokoh itu biasanya di sebut secara sambil lalu sahaja seolah-olah tidak ada apa- apa hubungan dengan alam mereka. Sedangkan ilham suatu cara mendapatkan ilmu menerusi rohani adalah suatu sumber ilmu yang penting dalam agama. Contoh-contoh kehidupan rohani tokoh-tokoh itu yang dapat dihubungkan dengan pembukaan-pembukaan alam dapat dicari dalam sisa fakta-fakta riwayat hidup mereka. Di sini dikemukakan beberapa contoh kehidupan rohani demikian dalam kalangan beberapa orang tokoh yang dikatakan banyak memperkenalkan Israeliyat ke dalam kebudayaan Islam, umpamanya Abdullah bin Abbas dalam hubungan ilmunya dengan pentafsiran Al-Quran disifatkan oleh murid-muridnya Mujahid bin Jabar demikian:

Ertinya: "Bahawasanya bila ia mentafsirkan sesuatu, aku melihat nur di atasnya".

Lebih tepat ialah sebagaimana yang pernah diucapkan oleh sayidina Ali bin Abu Talib: Ertinya: Seolah-olah ia melihat kepada (alam) ghaib menerusi tabir yang tipis.
Dengan ini bererti sayidina Ali menganggap kebolehan sepupunya ini bukanlah dari kebolehan yang didapati menerusi alam biasa, iaitu menerusi banyak pengajian, pembacaan, hafaz dan keunggulan akal. Juga dua tokoh Israeliyat wang daripada mereka Ibnu Abbas pernah mengambil fakta-fakta Israeliyat, seorang daripada mereka Abdullah bin salam, adalah salah seorang dari orang-orang yang diakui oleh rasulullah sallallahu alaihi wassalam sebagai ahli syurga dan seorang lagi Ka'ab Al-Ahbar seorang tokoh yang pernah dinyatakan oleh Abdullah bin Zabir sebagai berikut:

Ertinya dongeng Israel seperti yang tersebut dalam kitab Taurat dan Iain-Iain kitab kuno agama Yahudi, juga termasuk apa yang tersebut dalam kitab Injil dan Iain-Iain kitab kuno kristian.
Berhubung dengan ini, rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah bersabda:
ertinya "Perkataan (sesuatu yang bersumber) dari bani Israel tidak dilarang",
pada tempat lain baginda bersabda pula, ertinya "kamu jangan mempercayai ahlul kitab dan jangan pula membohongi mereka". Ertinya: "tidak mengenaiku sesuatu pun dalam pemerintahanku, melainkan lebih dulu diberitahu kepadaku oleh Ka'ab sebelum terjadinya".
Seterusnya salah seorang dari At-Tabiun, Wahab bin Manbah (654-732 H) berasal dari keturunan Parsi yang dianggap sebagai salah seorang dari tokoh-tokoh Israeliyat mempunyai aspek kehidupan rohani yang mengagumkan sebagaimana yang digambarkan oleh Mutsni bin Al-Sabah:

Ertinya: "Bahawa Wahab hidup selama 20 tahun tidak pernah berwuduk di antara Isyak dan Subuh".

 Tidak perlu ulasan lagi Kuatnya ibadah orang-orang pada zaman itu yang menyebabkan tingginya darjat makrifat
mereka dengan Allah yang menjadi kunci untuk terbukanya ilmu-ilmu, adalah faktor terpenting yang mendorong rasulullah sallallahu alaihi wassalam mengakui mereka sebagai 'umat yang paling baik' sebagaimana yang digambarkannya dalam beberapa hadis yang di antaranya berbunyi demikian:

Ertinya: :Sebaik-baik manusia ialah sahabatku yang mana aku berada dalam kalangan mereka, kemudian barulah mereka yang selepasnya, kemudian mereka yang selepasnya pula dan yang Iain-lain adalah orang yang buruk"

Tiga peringkat manusia yang baik ini, yang pertama ialah sahabat, kemudian tabiun dan kemudian At-Taba' Tabiin. Menurut hujah Al-Islam Al-Imam Al-Ghazali bahawa ulama peringkat sahabat dan tabiun itu disamakan ulama salaf 4 atau ulama salafussoleh ertinya ulama rba yang soleh. Manakala zaman mereka menurut Al-Manawi ialah mulai dari zaman kebangkitan rasulullah sallallahu alaihi wassalam dalam tahun 610 H hingga selanjutnya 220 tahun kemudian 5 . Inilah tempoh yang kita maksudkan dengan zam; berhubung dengan sikap dan pandangan umat Islam terhadap alam.

Berdasarkan bahan-bahan yang telah dikemukakan di atas, tidaklah ganjil kalau fragmen dari kata-kata mereka yang dapat ditemui di sana sini membuktikan bahawa mereka mempunyai

Anggapan buruk yang digambarkan oleh penulis-penulis lama terhadap tokoh-tokoh yang tersebut di atas telah diberihkan oleh salah seorang dari penulis-penulis moden. Lihat keterangan Muhammad Hasan Al-Zahabi dalam titisnya, Al-Tafsir Al-Mufsirun (ms 63-201). 3 Hadis dari Daidul Qadir oleh Al-Alamah Al-Manawi (ms 479)

Al-Imam Al-Ghazali dalam risalahnya 'AUamul Awam an llmul Kalam' yang disiarkan dalam suatu himpunan risalahnya bertajuk Al-Qasurul Awali' (ms 240)

Berhubung dengan generasi manusia yang tergolong dalam kata-kata Salaf itu tidak begitu selaras pendapat dalamkalangan ulama, umpamanya Al-Syeikh Ibrahim Al-Baijuri membuat batasan bahawa yang dikatakan salaf itu ialah orang purba yang terdiri dari anbiya, sahabat, tabiun dan tabi'in (lihat kitabnya Tuhfat Al-Marid ali Jawaharatul Tauhid' (ms 125) 5 Al-Alamah Al-Manawi dalam sumber yang sama (ms 478)

sikap alami terhadap alam. Hanya apa yang mereka katakan ini sebahagiannya tiada dapat dipastikan yang manakah dari apa yang mereka dapati sendiri dari sebelah hijab dan yang manakah dari pusaka Israeliyat. Untuk mencari kepastian ini, terserahlah kepada pengkaji- pengkaji mencari rujukan-rujukan bagi keterangan-keterangan mereka dalam buku-buku kuno agama Yahudi dan Kristian.
Andainya terdapat keterangan-keterangan mereka yang sama atau serupa dengan apa yang tersebut dalam buku-buku kuno itu, masih belum pasti mereka memetiknya, kerana kalau apa yang telah menjadi Israeliyat itu adalah hasil dari kasyaf rasul-rasul, nabi-nabi dan orang-orang soleh purba dari bani Israel dan masih belum diubah oleh tangan-tangan orang-orang yang kemudian, tidaklah menjadi hal kalai didapati sama atau serupa dengan apa yang dikatakan oleh ulama salafussoleh tersebut, kerana mereka ini pun menerangkan apa yang dilihat menerusi kasyaf juga, objek adalah sama. Yang berbeza hanya zaman-zaman bagi kasyaf itu sahaja, persis Kaabah di Mekah yang dilihat oleh para jemaah haji dalam abad yang ke 10 tidaklah berbeza dari apa yang dilihat oleh para jemaah haji dalam abad yang ke 20.

Dalam pada itu pun sebahagian lagi dari keterangan mereka menyebut sumber-sumber pengambilan dari kitab-kitab kuno agama Yahudi dan Kristian itu dapatlah dipastikan bahawa mereka mengambilnya dari Israeliyat.

Kerana ulama salafussoleh telah mempunyai konsep tertentu mengenai alam hasil dari pengalaman sendiri, menyebabkan mereka lebih produktif dari orang lain dalam menyampaikan hadis-hadisnya yang dipandang ganjil mengenai asal kejadian alam, sistemnya dan lain-lainnya, kerana semuanya ini tidaklah ganjil bagi mereka. Tetapi saingan hadis-hadis yang mereka sampaikan ini kebanyakannya menjadi korban dalam jentera kaedah-kaedah mustholah hadis yang baru dibuat.

Juga keterangan-keterangan mereka mengenai alam tersebut, oleh sebab terlalu jauh untuk dicapai oleh akal dan kadang-kadang mengandungi kata-kata perlambangan yang sukar di analisa, menyebabkan biasanya dimasukkan orang ke dalam bakul 'khurafat' ertinya dongeng- dongeng atau lebih enak disebut syazuz ertinya keganjilan serupa dengan nasib Columbus dalam abad yang ke 15 yang menerangkan kepada orang-orang Sepanyol tentang adanya dunia lain di seberang lautan Atlantik yang oleh sebab ini ia dianggap sebagai orang yang tidak waras.

Ternyatalah sekarang bahawa Al-Quran itu mempunyai dua cara penting untuk memahaminya: Yang pertama - Memahami dengan akal terhadap ayat-ayat berupa hitam di atas putih dan Yang kedua - Memahami dengan mengamalkan ayat-ayatnya sebagai suatu ibadat hingga terbuka hajat yang dinamakan 'kasyaf dan sampailah seseorang itu kepada telaga ilmu yang asal, lalu fahamlah apa yang ada di sebalik hitam di atas putih itu.
 
Berdasarkan bukti-buki tadi, dapatlah dikatakan bahawa dalam zaman permulaan atau zaman ulama salafussoleh, sikap alami dalam pandangan terhadap alam adalah suatu yang lumrah diketahui umum. Bagi orang-orang bukan ahli kasyaf pula, menjadi suatu kepercayaan tanpa bantahan lagi kerana lumrahnya itu.

Tiada ulasan: