Catatan Popular

Sabtu, 1 Ogos 2015

KITAB TAFFAKKUR : PERANAN HATI



Tulisan Utsman Nuri Topbaş (ulama Turki)
 

Peranan Hati

Pada pandangan Islam, iman adalah pengakuan kebenaran yang dilakukan oleh hati, dan pernyataan yang diutarakan dengan ucapan. Dalam hal ini, akal tidak menyediakan tempat bagi terletaknya (reside)iman (dalam hal ini iman tidak dapat direalisasikan dengan akal), kerana sesungguhnya hati merupakan pusat berputarnya seluruh perasaan manusia. Hal ini perlu kita lihat, kerana sesungguhnya imanadalah sebuah cita rasa yang tinggi, sedangkan akal merupakan medium sebagai penghantar mencapai keimanan melalui peringkat-peringkatnya yang mengarah ke sana.Hakikat-hakikat Ilahiah yang diakui dan dibenarkan oleh akal, tetapi tidak disertai dengan pengakuan yang datang dari hati, tidak akan menghasilkan keimanan yang hakiki. Selama mana iman tidak bertapak di hati, maka tidak akan diikuti dengan perbuatan, hasilnya tidak melahirkan perilaku dan tindakan yang baik. Jika ini terjadi, maka amal perbuatan itu tiada nilainya disisi Allah s.w.t. Orang yang mengetahui hakikat-hakikat ilahiah tetapi tidak memahami dan menghayatinya (akibat kelalaian hatinya) dia dianggap sama dengan keldai yang memikul lembaran-lembaran kitab suci yang tebal. 

 Allah s.w.t berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya, adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”
(Q.S. al-Jumu’ah, 5)

Oleh sebab itu, mengetahui hakikat ilahiah (ma’rifah al-haqa’iq al-ilahiah) bukan hanya
mengumpul dan menghimpunkan fail hakikat itu di dalam akal kita, tetapi juga dapat mengungkap rahsia sistem besar dalam kehidupan dan alamsemesta melalui pemikiran, renungan, dan perbuatan yang diperlukan untuk mencapai ma’rifat tersebut. Siapapun yang melakukan hal tersebut, maka hatinya akan dipenuhi dengan sinaran cahaya keimanan.

Suatu hasil boleh tercapai oleh akal ketika mana memikirkan tentang manusia, alam semesta dan al-Qur’an yang dianggap sebagai cermin bagi hakikat-hakikat tersebut—seperti halnya bahan mentah yangdikeluarkan dari perut bumi. Sedangkan pengolah bahan mentah yang dikeluarkan sehingga menjadi sesuatu yang berguna dan bernilai tinggi adalah hati. Kerana hati adalah pusat perenungan, tafakkur, dan perasaan. Tatkala perasaan hati yang diungkapkan sebagai “gerakhati, bisikan hati, ilham, dan inspirasi” berpadu dengan dalil-dalil yang dikemukakan oleh akal fikiran, maka ia akan menghasilkan sebuah pemahaman yang sempurna terhadap hakikat. Ini seperti proses membuat kembali pecahan-pecahan sebuah pasu seramik yang hancurberderai kepada bentuk asalnya.Dengan kata lain, pengamatan yang baik dan sempurna terhadap kebenaran dan kebaikan akan terjadi apabila akal telah dididik oleh wahyu; diiringi dengan pengakuan terhadap kekurangan yang dimiliki oleh akal bagi sesuatu yang tidak dapat dicapai olehnya, juga disertai dengan penjelajahan (exploration)
di relung-relung (niche) hati dan matang di bawah cahaya keimanan.

Harga sebuah tafakkur itu ditentukan oleh proses mempertajamkannya melalui pelbagai pengamatan dan renungan. Dengan maksud, ia memiliki kemampuan untuk bekerja sesuai dengan arahan hati dan fikiran, dalam keseimbangan yang sempurna. Jika manusia hanya mementingkan akal dan fikiran sahaja mungkin dia menjadi manusia duniawi yang baik, iaitu manusia pragmatic (pencari keuntungan). Namun jika dia ingin menjadi mukmin yang sempurna, maka diaharus melatih hatinya punca atau pusat kesedaran dan perasaan beriringan dengan pendidikan rohaniah. Jadi, hati harus menjadi pembimbing bagi akal kerana ia adalah pusat yang mengarahkan akal untuk berfikir. Sementara berfikir itu diarahkan oleh akal untukmenuju mencapai kehendak.

Boleh dikatakan bahawa sebab asas bagi munculnya perbuatan-perbuatan yang didasari oleh kehendak adalah hati yang merupakan tempat kesedaran itu berdiri tetap dan kukuh. Dari sudut ini, maka menempatkan dan memantapkan hati dalam bingkai perintah-per
intah Allah adalah hal yang paling penting dibanding anggota tubuh yang
lain. Ini kerana, pemikiran rasional (rational) dalam mengendalikan kehendak syahwat, ditambah pula tanpa bimbingan daripada hati yang sihat apatah lagi dihinggapi penyakit-penyakit hati  seperti ujub,tertipu dan sombong – akan membuat pemikiran seseorang itu menyimpang dan membawanya ke arah kesesatan dan kebinasaan.Maulana Jalaluddin Rumi berkata:“Sekiranya syaitan tidak menjunjung tinggi akal fikirannya semata-mata, sudah tentu dia tidak akanmenjatuhkan martabatnya ke dalam kondisi atau kedudukan yang dia alami sekarang ini.”Ertinya, akal tidak berguna dan tidak bernilaidengan sendirinya.

 Akal harus dikendalikan dengan bijak. Kesedaran rohaniah dalam hati mesti dimatangkan dan disempurnakan demi mewujudkan akal yang benar-benar lurus.Singkatnya, setiap tafakkur yang hakiki bermula dari suatu titik di mana ada akal yang bersinar dengan cahaya wahyu dan hati yang matang secara spiritual. 

Dan ketika kami menggunakan konsep tafakkur, maka yang kami maksud adalah bentuk tafakkur yang sah, iaitu tafakkur yang dibimbing dan dibekali dengan hakikat-hakikat Ilahi, serta dikukuhkan oleh renungan dan penghayatan hati.Menurut erti kata lain, tafakkur adalah bermaksud mendalami dan menyelami sesuatu untuk mengambil pengajaran.

Tiada ulasan: