Catatan Popular

Ahad, 2 Ogos 2015

BENTUK ALAM ALLAH YANG MENGKAGUMKAN: (BAHAGIAN 2) FASAL 1 PENDAHULUAN ALAM AL MULK (ALAM BENDA)



(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI) 

OLEH  USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN (GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH  DUNIA HEBAT  YANG TERSEMBUNYI)

 
BAHAGIAN 2 : FASAL 1 (A) 


1. PENDAHULUAN (ALAM AL MULK)

Sekarang kita mulai membicarakan apa yang menjadi tujuan bagi buku ini. Berdasarkan kawasan-kawasan, alam itu dapat dibahagikan sebagai berikut:

1 .ALAM AL MULK : Terdiri dari benda

2. ALAM MALAKUT : Terdiri dari benda juga dan terbahagi pula kepada dua bahagian:  

a). ALAM BARZAKH , yang disebut juga dengan ALAM  AL MALAKUT AL- ASFAL lebih besar dari ALAM AL MULK dalam radiusnya dan meliputinya dan

b) ALAM MALAKUT AL ALA, lebih besar daripada alam barzakh dalam radiusnya  dam meliputinya pula


Berdasarkan bahagian-bahagian di atas, seluruh alam tersebut dapat dibatasi demikian:  


1.Alam Al Mulk : Alam yang terletak di bawah lingkungan AL SAMA’ AL DUNIA (langit rendah)


2.Alam Barzakh:

Alam yang bermula dari AL SAMA’ AL DUNIA (langit rendah) sampai kepada kasrah alam (kulit alam) dan seterusnya sampai kepada jannah firdaus al-Ala yang terletak di bawah Arsy Majid


3..Alam Malakut Al-Ala:

Alam yang terletak ke atas lagi bermula dari Arsy Majid terus kepada  Alam Arsy-arsy dan Alam hijab sampai kepada Arsy Azim.

Huraian kita seterusnya mengenai alam dalam bahagian ini adalah berdasarkan pembahagian- pembahagian di atas

Tiada ulasan: