Catatan Popular

Ahad, 16 Ogos 2015

NOVEL ALLAH HANYA PADA NAMA SIRI 2 (NOVEL HAKIKAT)



Hari kian gelap. Perut pun dah berbunyi. Si boy ingin mencari sesuap nasi di warung kopi Pak Din. Boy mengambil kunci kereta dan kunci motornya. Diletakkan kedua-dua kunci itu di atas meja.

Lalu dia merenung agak lama kepada kunci itu. Nak naik kereta atau motor. Kereta ke motor? Kereta ke motor? Kereta ke motor? Kereta ke motor? Sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah kedua-dua kunci tersebut. Boy melakukannya berulang-ulang kali. Dia tidak tahu nak pergi warung nak naik apa. Ibu boy perhatikan gelagat boy yang agak kebudak-budakan itu, lalu disergah oleh ibunya..

Ibu Boy: "Hah!!! Kira apa tu?"

Boy: "Bukan kiralah bu. Boy pening nak naik apa"

Ibu Boy: "Nak pergi mana?"

Boy: "Nak pergi makan kat warung Pak Din tu hah. Lapar lah buuu.."

Ibu boy: "Ohh macam tu. Sudah, jangan ngada-ngada nak naik kereta. Bawak je motor tu. Tak payah pening-pening nak pilih kunci. Lagipun dekat je kan warung Pak Din tu..."

Ibu boy mengambil kunci kereta boy terus pergi bilik atas. Sambil ibunya berjalan di tangga, sambil itu ibunya berkata.. "Balik jangan malam-malam..."

"Siap bossss!!!..." sahut boy.

Boy melihat jam rolex ditangannya menunjukkan pukul 7.08pm. Di luar kian gelap. Boy memakai selipar di kakinya lalu menuju ke 125znya. Lalu dia panaskan motor tersebut kira-kira dalam 5 minit.

Dengan tak baca bismillah dia pun masukkan gear satu lalu bergerak ke warung Pak Din. Didalam perjalanan mahu menuju ke warung, dia dendangkan sebuah lagu di atas motor. Dengan perutnya yang sudah berbunyi amat sangat, dia pun memerah minyak melajukan motornya. Hanya mengambil masa 7 minit saja untuk sampai ke warung Pak Din dari rumahnya.

Apabila sudah sampai di warung, boy mematikan enjin motornya. Jelas kelihatan diwarung Pak Din pada saat itu tiada satu orang pun yang ada kecuali hanya Pak Din dan kawannya iaitu Pak Hamid yang sedang fokus main catur. Dia merasakan pelik, dihatinya mula berbisik... "Mana semua orang ni? Takkan tidur awal kot? Biasanya ramai orang minum kat sini.."

Boy mengatur kakinya menuju ke warung Pak Din lalu memberikan salam..

"Assalamualaikum pakcik.." sambil mengangkat tangan dan duduk disalah sebuah kerusi berhampiran meja Pak Din dan Pak Hamid.

"Waalaikumussalam.." sahut Pak Din dan Pak Hamid.

"Pakcik berdua je ke? Mana yang lain pakcik? Biasanya ramai yang minum kat sini?" Tanya boy.
"Yelah pakcik berdua je. Cuba kau tengok jam kamu tu, pukul berapa?" sahut Pak Hamid.

"Pukul 7.15 pm. Kenapa pakcik?" Jawab boy.

"Kau ni tu pun aku nak bagitahu, orang-orang yang biasa minum sini tengah pergi sembahyanglah kat surau. Kan maghrib ni. Sebab tu yang ada kat warung cuma pakcik dan pak din. Nanti habis maghrib mesti dorang singgah minum sini punya.." Jelas pak hamid.

"Ohhhh patutlah.. Sorry lah pakcik. Saya lupa dah masuk waktu maghrib. Hehe.. Hah pak din, saya order macam biasa lah eh, milo ais tabur dan nasi goreng kampung letak telur dada dan sambal belacan jangan lupa.." sahut boy.

"Kau ni boy, kacau daunlah. Aku tengah fokus main catur ni kau pulak order..." jawab pak din.

"Haha, takpe-takpe. Pak din main je dulu catur tu, nanti kalau dah habis main pak din buat lah order saya. Saya boleh tunggu.." sahut boy dengan muka senyum.

Pak Din: "Bereh boh.."

Boy perhatikan gelagat si pak din dan pak hamid ini bermain catur. Dibenak fikiran boy selepas melihat mereka berdua bermain catur, boy pun mengatakan sesuatu dihatinya, "Fuhh pakcik ni, kalau main catur mengalahkan pemain catur antarabangsa. Fokus betul dorang ni, mengalahkan orang yang mahu jawab kertas sptm.."

Orang kampung tahu yang mereka berdua ini hebat dalam permainan catur. Walau apa-apapun, sekarang ini perut boy berbunyi lagi menandakan boy betul-betul tengah lapar tetapi dia masih boleh bertahan untuk menunggu pak din habis bermain catur.

"Lambat gila pak din ni main catur, dah lah lembab. Orang-orang tua kalau main catur mesti lambat. Perut aku dah lah lapar. Err.." bisik hati boy yang kelihatan sudah bosan menunggu.

Ketika boy mengalihkan pandangannya, dia merasakan bahawa dia melihat dari sudut penglihatannya ada sebuah kelibat orang yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu di tepi hujung warung pak din betul-betul di bawah tiang lampu.

Dia mula tak sedap hati tetapi hasrat hatinya kuat mengatakan bahawa dia mahu ke sana. Dia ingin tahu siapakah kelibat orang itu. Dengan keadaan tak perasan, dia berdiri lalu berjalan menuju kelibat tersebut. Apabila dia semakin hampir dengan orang itu, didapatinya orang itu adalah 'Man Gila' jelas kelihatan sedang terbongkok-bongkok di bawah lampu tiang yang terang benderang itu. Kucingnya turut bersama dengannya.

Boy: "Ehh man! Aku ingat hantu mana tadi. Kau buat apa kat sini sambil terbongkok-bongkok? Kau cari apa kat bawah lampu yang terang ni? Aku tengok kat atas tanah ni takde pape pun..."

Man Gila tak endahkan boy. Dia masih lagi mencari sesuatu.

Boy: "Man!! Kau pekak ke? Aku cakap dengan kau ni lah. Patutlah orang kampung cakap kau ni gila sebab kelakuan kau yang pelik ni. Kau cari apa sebenarnya ni?"

Man Gila terus berdiri tegak dan memandangkan wajah si boy lalu berkata... "Assalamualaikum boy.." sambil menghulurkan tangan.

Boy rasa agak malu sedikit lalu menjawab salam tersebut dan berjabat tangan.

Man Gila masih lagi terbongkok-bongkok mencari sesuatu. Boy dah mula agak hairan, apa sebenarnya dia ni buat? Apa yang dia cari?

Boy baru nak keluarkan satu perkataan dari mulutnya, Man Gila memotong ayatnya sambil berkata.. "Aku tengah mencari 'sesuatu' yang tersembunyi ditempat yang 'terang'.." Man Gila bongkok kembali dan masih lagi mencari.

Selepas dengar saja perkataan dari Man Gila, boy buat muka yang paling pelik yang orang lain tak pernah buat dalam dunia ni. Boy makin bercelaru di dalam fikirannya. "Patutlah orang kampung cakap man tu gila, baru aku faham..." bisik boy.

"Boyy.. ohh boyy!! Kau buat apa kat sana? Ni nasi kau dah siap!!!" jerit Pak Din dari jauh.

"Okay pak din!!!" jawab boy.

Boy lupakan kelakuan Man Gila itu yang dianggapnya 'gila' lalu dia meninggalkan man dan menuju terus ke warung sambil tersenyum melihat nasi dan milo ais tabur yang sudah di hidangkan di atas meja. Boy duduk dimeja tersebut dan berkata, "Pakcik, tadi siapa menang?"

"Siapa lagi kalau bukan pak cik" jawab pak din.

"Amboi pak din, kita seri okay. Sebelum boy datang tadi kat warung ni saya yang menang. Tadi kamu pula yang menang. Jadi kita serilah." bilas pak hamid.

"Ohh seri. Lawanlah lagi sekali pakcik. Untuk menentukan siapa yang jadi juara. Anggap jela ni final. Barulah mencabar.." Boy mengapi-apikan pak din dan pak hamid.

Pak din jeling pak hamid, pak hamid pun jeling pak din sambil mengangkat keningnya tanda setuju.

"Boleh boy. Takde hal." jawab pak din.

"Pakcik lawan lah dulu ye. Saya nak makan. Jemput makan pakcik.." sahut boy sambil ketawa kecil melihat gelagat pak din dan pak hamid untuk menentukan siapa di antara mereka yang menjadi juara.

"Jemput bismillah..." jawab pak din.

Boy lafazkan bismillah lalu menyuap sudunya ke dalam mulutnya. Dia mengunyah-ngunyah nasi gorengnya dengan begitu sopan. Sambil dia makan, sambil itu dia teringat dengan kata-kata si man gila tadi. Dia alihkan kembali pandangannya di tepi hujung warung pak din dan dia masih lagi melihat gelagat Man Gila yang terbongkok-bongkok sedang mencari sesuatu di bawah tiang lampu itu.

Ketika dia merenung jauh kepada man gila, ada suara orang yang memotong pandangannya dengan berkata, "Assalamualaikum.."

Boy dengan agak terperanjat sedikit lalu menoleh badannya dan didapati yang memberi salam itu adalah Mat dan Hj Dolah.

"Waalaikumussalam.." jawab mereka bertiga iaitu boy, pak din dan pak hamid.

Boy yang sedang makan itu, mempelawa Mat dan Hj Dolah untuk duduk satu mejanya dan dia berkata jangan ganggu pak din dan pak hamid main catur kerana mereka ingin menentukan siapa di antara mereka yang menjadi juara dalam permainan tersebut.

Mat dan Hj Dolah pun pergi ke arah meja boy dan menarik kerusi untuk didudukinya.

"Wahhh boy, makan besar nampak.." sahut Hj Dolah sambil duduk.

"Apa yang makan besarnya Pak Hj? Makan nasi goreng kampung je kot.." Jawab boy.

Hj Dolah gelak kecil dan berkata, "Haha, takdelah boy. Pakcik saje-je nak gurau dengan boy. Makanlah dulu, jangan makan laju-laju, tercekik kang baru tahu"

Boy: "Ye Pak Haji, saya makan perlahan-lahan. Pak Haji dengan mat dari surau ke?"

Hj Dolah: "Yee, pakcik dengan Mat dari surau. Selesai solat, kami berdua terus singgah sini."

Mat: "Kamu dari mana boy?"

Boy: "Aku dari rumah, perut rasa lapar tu yang aku makan kat warung pak din ni."

Mat: "Ohh begitu ceritanya..."

Boy: "Ehh, orderlah makan ataupun minum, takpe malam ni saya payung Pak Hj dan Mat.."

Mat: "Apa itu payung???"

Boy: "Maksudnya belanja."

Mat: "Wahh, serius kamu mau belanja?"

Boy: *anggukkan kepala sambil mengunyah nasi*

Mat: "Sungguh baik hati kamu boy. Moga-moga Allah limpahkan rejeki kepada kamu sekeluarga..."

Hj Dolah: "Amin..."

**

Selepas Mat dan Hj Dolah membuat order air kepada pak din, maka terjadilah perbualan di antara mereka berdua.

Hj Dolah: "Mat, pakcik nak tanya sesuatu"

Mat: "Iyaa silakan aja. Bapak mau nanya apa?"

Hj Dolah: "Kamu dulu belajar di mana?

Mat: "Saya dulu ngajian di pesantren."

Hj Dolah: "Pesantrennya di mana?"

Mat: "Kepulauan jawa"

Hj Dolah: "Ohhh kepulauan jawa. Mursyid-mursyid di sana mesti hebat-hebatkan? Sebab tu ilmu kamu ini cukup hebat"

Mat: "Soal mursyid yaa.. Gimana yaa mau ngasih tau. Emm.."

Hj Dolah: "Bagi je tahu.."

*boy pasang telinga sambil makan*

Mat: "Kalo soal mursyid itu, memang kewajipan bagi mereka untuk mengajar orang yang 'mencari'. Bukan kerna hebat atau enggak pak. Ilmu yang saya ada ini tidaklah sehebat yang bapak kira, saya juga masih lagi mencari apa yang saya cari, jika seseorang itu bersungguh-sungguh mau menuntut ilmu, insha Allah ada jalan bagi mereka. Tapi kena bimbing sama bimbingan mursyidlah. Kerna mursyid itu hanyalah 'membuka jalan' kepada mereka yang mencari. Yang selebihnya itu terserah kepada diri sendiri. Sama ada mau belok ke kanan, atau ke kiri atau mundur kembali atau maju ke depan. Itu semua kehendak masing-masing sebab mursyid udah membuka jalan untuk mereka. Jadi berguru itulah penting, Nabi sendiri gurunya Jibril, tanpa guru bukankah Iblis panduannya?"

Hj Dolah: "Kamu kalau bercakap sungguh mantap sekali ya Mat. Pertama kali pakcik jumpa orang muda seperti kamu bertutur kata dengan kemas.."

Mat: "Haha pakcik ini ada ada sajaa.."

Hj Dolah: "Nama sebenar kamu apa?"

Mat: "Ahmad Kamil bin Kiayi Hj Ibrahim"

Hj Dolah: "Sungguh indah sekali nama kamu.."

Mat: "Ahh bapak ini bisa ajaa. Haha.."

"Kopi ini untuk Hj Dolah dan teh tarik ini untuk kamu Mat.." suara pak din yang memotong dialog Hj Dolah dan Mat ketika menghulurkan air yang mereka order tadi.

"Terima kasih ya pak din.." sahut Mat.
"Sama-sama Mat.." jawab pak din sambil tersenyum.

Boy: "Sambunglah lagi Mat..."

Mat: "Apa yang perlu dinyambungin?"

Boy: "Tazkirah kau lerrrr"

Mat: "Haha, apa lah kau ni boy. Makan dulu kasih habis, kalo udah di habisin nasinya, baru kita boleh ngobrol-ngobrol bersama.."

Boy: "Yelahh pak ustaz!!!"

Mat: "Apa loe bilang gue pak ustaz????"

*Hj Dolah ketawa kecil*

Boy pun sambung makan, pada saat dia sedang makan, dia teringat akan si Man Gila. Lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah kedudukan Man Gila tadi. Apa yang dia lihat, Man Gila ketika itu sedang berdiri tegak di bawah tiang lampu tidak lagi terbongkok-bongkok seperti apa yang dia lihat tadi.

Boy hanya dapat perhatikan dari jauh gelagat apakah yang Man Gila itu akan lakukan. Ketika itu Man Gila sedang berjalan menuju ke sebuah rumah.

Yang menjadi persoalan, ketika Man Gila itu berjalan, dia dapat 'menembusi' dinding tersebut. Masa boy melihat perbuatan Man Gila itu, boy terkejut gila dan berkata dengan nada perlahan.. "Man dapat tembus dinding???"

Hj Dolah: "Apa yang kau merepekkan ni boy?"

Boy dengan keadaan terkejut beruk langsung bagitahu kepada Mat dan Hj Dolah..

Boy: "Man gila dapat tembus dinding!!!"

Hj Dolah: "Kau ni ngingau ke apa boy?"

"Betul Pak Haji, saya tengok dengan kepala mata saya sendiri yang Man Gila boleh tembus dinding rumah kat sana tu.." boy menunjukkan jarinya ke arah rumah tersebut.

Ketika Hj Dolah dan Mat menoleh rumah yang telah diisyaratkan oleh Boy, maka pada saat itu mereka dapat melihat Man Gila sedang mengatur kaki menuju ke warung pak din. Dan yang peliknya, ketika Man Gila mahu ke warung pak din, mereka bertiga yakni Mat, boy dan Hj Dolah melihat Man Gila itu sedang berkawad sambil menyebutkan kiri, kanan, kiri, kanan sedang lenggangnya kanan, kiri, kanan, kiri.

Hj Dolah: "Memang sah budak ni gila.."

"Tadi dapat tembus dinding, sekarang pulak dia kawad tapi sebutan kiri kanannya tak sama dengan lenggangnya yang ke kanan ke kiri..." bisik hati boy yang dah mati kutu nak fikir tentang gelagat Man Gila ni.

Si Mat pula hanya tersenyum saja melihat gelagat si Man Gila itu.

Boy: "Hah tu Man Gila nak datang sini. Pak Haji bolehlah tanya dia langsung kalau tak percaya.."

Hj Dolah: "Aku tak percaya Man tu dapat tembus dinding. Manusia mana boleh tembus dinding? Tak pernah dengar lagi aku pasal manusia boleh tembus dinding. Kau tengok sendirilah yang dia kawad tengah malam-malam macam ni pastu sebutan kiri kanannya tak sama dengan lenggangnya. Dah namanya pun Man Gila, memang gilalah orangnya."

Man Gila semakin hampir menuju ke warung pak din sambil berkawad, lalu dia memberikan salam...

"Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..."

*Hj Dolah dan boy terdiam sekejap*

"Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh..." Jawab si Mat sambil tersenyum.

Mat: "Silakan duduk Man.."

Setelah Man Gila duduk disamping boy betul-betul berhadapan Hj Dolah (boy duduk berhadapan dengan Mat), lepastu barulah Hj Dolah dan Boy jawab salam Man Gila. Semasa Man Gila duduk bersebelahan dengan Boy, bulu roma Boy serta merta naik menegak. Jantung Moy berdegup laju. Tak tahu kenapa ia berlaku.

Mat: "Dari mana kamu Man?"

Man: "Aku dari situ.." (man menunjukkan jarinya ke arah tiang lampu)

Mat: "Apa kamu udah makan?"

Man: "Aku kalau tak makan dua hari pun boleh.."

*Hj Dolah dan Boy membisu seketika sambil mendengar perbualan antara Mat dan Man*

Mat: "Kamu tinggal di mana Man?"

Man: "Sebuah pondok usang satu-satunya warisan datukku.."

Mat: "Mana perginya keluarga kamu?"

Man: "Mereka halau aku. Mereka anggap aku ni gila..."

Mat: "Jadi kamu tinggal sama siapa di pondok itu?"

Man: "Sama kucingku.."

"Kenapalah Mat boleh layan si Man gila ni? Aduhh.. Takde selera aku nak habiskan nasi ni.." bisik Boy.

"Memang sah budak ni gila. Tanya sepatah, jawab sepatah. Manalah keluarga tak anggap kau ni gila. Man ohh man kesian kau.." bisik Hj Dolah.

*tiba-tiba Man Gila bersuara agak keras*

"Pernahkah kalian lihat bayi yang baru lahir? Bayi yang baru saja lihat dunia? Bayi yang perlahan-lahan lupa akan persaksiannya di alam roh?"

Boy: "Kalau bayi yang baru lahir tu aku pernahlah tengok.."

"Bayi yang apabila mula terpesona melihat dunia dan genggaman tangan sudah terbuka!!!" sahut Man Gila nadanya agak kencang sedikit.

"Apa yang digenggamnya dulu?" tanya Hj Dolah.

*Mat hanya memerhatikan saja*

"RAHSIA diri!" jawab Man Gila.

Hj Dolah dan Boy dengan serentak berkata, "Rahsia diri???"

Man: "Apabila genggaman dilerai yang tinggal hanya angka 99. Satu lagi hilang!!!"

Hj Dolah: "Hilang ke mana?"

"ke Sidratul Muntaha tempat Rasulullah SAW bertemu Dia! Hehe" sampuk Mat.

"Mak aihh tingginya! Macam mana boleh mencari kembali? Di mana sebenarnya Sidratul Muntaha itu?" desak Hj Dolah.

"Tanyalah sendiri kepada Man yang bapak anggapnya dia 'gila'.." sahut Mat sambil tersenyum.

Hj Dolah baru nak keluarkan satu ayat dari mulutnya, Man sudah memotong percakapan Hj Dolah..

"Ianya berada di sini!" Man Gila meletakkan jari telunjuknya kepada ubun-ubun boy. "Langit ke tujuh! tempat tertinggi duduknya akal yang menimbangkan kebenaran!" Jibril tiada di sini. Allah perintahkan solat setelah Muhammad kenal Dia di sini kerana di sini tiada perantara!!!"

Boy: "Kau ni merepek apa Man? Aku tak faham langsung.."

*Mat hanya ketawa kecil sambil minum teh tariknya. Dan Man gila pula sedang memanggil kucingnya untuk didudukkan di atas pehanya*

Hj Dolah: "Memang betul kau ni gila Man. "Ya!! Allah akan membalas dosa yang kita lakukan dengan seksaan yang mengazabkan lagi pedih!!!"

Tiba-tiba Man Gila yang sibuk memanggil kucingnya lalu berkata..

"Mana ada Allah hukum? Dalam perjalanan Rasulullah SAW dengan Jibril dari satu langit ke satu langit pada peristiwa Isra' Mikraj semuanya menyaksikan manusia itu memotong lidahnya sendiri, membakar dirinya sendiri dan menghukum dirinya sendiri..

HANYA MEREKA HUKUM DIRI MEREKA SENDIRI. Tak nampak pun 'sesiapa' yang menghukum mereka?"

............... kucing pun melompat mengejar tikus!

*kebetulan azan Isyak berkumandang*

Bersambung...

Tiada ulasan: