Catatan Popular

Ahad, 16 Ogos 2015

NOVEL ALLAH HANYA PADA NAMA SIRI 1 (NOVEL HAKIKAT)



Sedang duduk berada di buaian taman, matanya tertumpu ke atas langit. "Masha Allah, indahnya ciptaan Tuhan!" bisik hati mat. Ketika sedang merenung ke langit, satu suara menerjah datang dari belakang....

"Wehhh mat!!! Aku cari kau dari tadi rupanya kau kat sini.." sahut boy.

Mat dengan muka terperanjatnya sambil menoleh belakang dan berkata.. "Eh loe boy, gue pikirin siapa tadi. Kaget gue tau enggak. Loe gak bisa beri salam dulu ke boy?"

Boy: "Maaflah mat, aku lupa. Assalamualaikum"

Mat: "Waalaikumussalam. Hah macam ini kan baru bagus boy. Beri salam dulu. Eh loe boy datang kemari ada apa?"

Boy: "Aku dari tadi cari kau tau tak. Rupanya kau kat taman. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni mat. Penting gila dok."

Mat: "Apa yang penting sangat ni boy? Sampai malam-malam macam ni loe nyari gue di taman. Tapi kan boy, perkataan dok tu apa sihh? Gue enggak ngerti"

Boy: "Lah kau tak tahu ke?"

Mat: *gelengkan kepala*

Boy: "Ohh lupa, kau kan orang indonesia baru pindah berapa bulan kat malaysia, wajarlah kau tak faham. Perkataan tu, perkataan kampung aku dulu. Susahlah nak terangkan kat kau ni, bukannya kau faham pun kalau aku terangkan. Tu semua tak penting mat, yang penting sekarang ni aku ada problem yang besar. Tolong aku mat"

Mat: "Loe ada problem? Kongsi masalah loe ke gue. Insha Allah, kalau gue mampu, gue akan nolongin loe boy. Ceritakan masalah loe ke gue satu persatu"

Boy: "Okay cantik mat. Harap-harap kau boleh tolong aku eh?"

Mat: "Iyaa Insha Allah"

Boy: "Okay cerita dia macam ni, tadi aku pergi 7 Eleven nak beli topup, pastu aku masuklah. Kau tahu tak aku nampak siapa kat kaunter tu?"

Mat: *Gelengkan kepala*

Boy: "Aku jumpa Nur Ain"

Mat: "Wahh namanya sungguh indah sekali yaa. Cahaya Mata. Mesti cantikkan orangnya?"

Boy: "Kalau dia tak cantik aku tak datang cari kau lah mat"

Mat: "Sebenarnya loe datang nyari gue ada apa sihh?"

Boy: "Nak ceritakan masalah akulah. Kau ni kadang-kadang pending jugak ek. Kan aku dah bagitahu tadi"

Mat: "Kalau itu yang loe mau ceritakan masalah loe ke gue, kenapa loe nyebut-nyebutin nama si nur ain itu? Apa masalah loe sebenarnya ni boy? Pening gue mikirin"

Boy: "Alaa kau ni mat, rileks lah. Aku baru je nak start story masalah aku kat kau ni. Masalahnya sekarang ni, hati aku dah tersangkut dengan si ain tu. Tolong aku mat, tolong aku. Aku nak buat apa sekarang ni? Bagi pandangan sikit mat"

Mat: *Tepuk dahi*

Boy: "Lahhh... aku suruh bagi pandangan apa yang seharusnya aku perlu buat sekarang ni. Bukannya suruh kau tepuk dahi"

Mat: "Sebelum gue bagi pandangan, gue mau nanya sama loe satu soalan. Bisa atau enggak?"

Boy: "Ehh boleh mat boleh. Hah apa dia?"

Mat: "Tadi loe kata mau pergi beli topup, lepastu loe masuk pintu dan ketemu langsung sama si ain itu, jadinya loe sempat beli topup apa enggak?"

Boy: "Aku tak sempat nak beli topup"

Mat: "Lohhh, kenapa enggak sempat?"

Boy: "Masa aku masuk je 7 Eleven tu, aku terpandang dia, dia pun terpandang aku, jadi aku keluar baliklah. Sebab aku malu. Kau pun tahu kan walaupun aku ni ramai yang kenal kat kampung ni dengan sifat keganasan dan 'kegantengan' aku tapi aku ada sifat pemalu (dalam hati ada taman). Lepas aku nampak si ain tu kat kaunter, aku dengan muka gelabahnya tak tahu nak buat apa, jadi aku cepat-cepat keluar balik dari 7 Eleven tu, start motor langsung pergi rumah kau, bila aku sampai rumah kau, ibu kau kata kau takde kat rumah. Lepas ibu kau kata yang kau takde kat rumah, dalam fikiran aku, kau mesti ada kat taman. Sebab tu aku datang sini, rupa-rupanya betul kau ada kat taman. Dengan keadaan tergesa-gesa aku terjah kau dari belakang sampai lupa nak bagi salam. Inilah mat problem aku, hati aku betul-betul dah sangkut dengan ain tu mat. Dahlah ayu, bertudung pulak tu. Emm geyaam gila aku mat tengok dia"

Mat: "Astaghfirullah.... Kalau tentang itu gue enggak bisa nak nolong loe boy. Itu bukan bidang gue"

Boy: "Macam ni ke member?"

Mat: "Bukan masalah member atau bukan, ahhh udah lewat malam ni boy, yuk kita pulang, esok kita ngobrol-ngobrol lagi disini"

Boy: "Pandai jugak ek kau cari alasan taknak jawab soalan aku"

**

ESOKNYA

"Pak dolah. Pak dolah oh pak dolah...." Sahut si boy.

Pak dolah adalah ketua kampung yang baru balik dari Mekkah Mukkahramah. Perwatakannya agak sombong sedikit.

Pak dolah oh pak dolah.... Eh orang tua ni pekak ke macam mana?" Sahut si boy lagi.

Hampir 7 kali boy panggil namanya tetapi Pak Dolah tidak pandangpun si boy tu. Padahal kedudukan Pak Dolah dengan boy hanyalah jarak 7 meter saja. Panas hati boy time ni. Mereka masa ni berada di warung kopi.

"Bukan Pak Dolah lah boy... Haji Dolah.." bisik si mat secara tiba-tiba muncul di meja makan boy. "Assalamualaikum boy"

Boy: "Oh! Patutlah tak menyahut, belanja ribu-ribu ke Mekkah, aku tak panggil dia Haji sudah tentulah dia buat bodoh je bila aku panggil nama dia. Hehe. Eh lupa nak jawab salam, waalaikumussalam"

Haji Dolah sibuk menceritakan pengalamannya di Mekkah kepada beberapa anak muda yang ketika itu mendengar. Boy dan Mat tidak kisah kerana mungkin ceritanya akan merangsang anak-anak muda itu untuk ke Mekkah. Ada juga seorang dua yang sesekali mencebik seolah-olah meluat mendengar, ah! kalau yang baik-baik apa salahnya.

Sesekali dia mengulang-ulang nasihatnya agar anak-anak muda itu segera menunaikan haji. Mat hanya memerhatikan dari sudut meja berasingan dan mat sempat melihat si boy ternganga mendengarkan anak muda rugged itu juga pernah ke sana. Sampai ada yang bertanya macam mana nak bawa balik toyol. haha..

"Apabila selesai mengerjakan haji maka sempurnalah Rukun Islam kita kelima-limanya! Sempurnalah kita sebagai muslim!" hujah Haji Dolah.

"Beruntungnya kamu Haji Dolah tapi malang bagi saya! Rukun Islam yang pertama pun saya tak tahu!" seruan si man (aiman) ketika itu sedang bermain dengan kucingnya.

"Masya Allah apa nak jadi kamu ni man! Mengucap dua kalimah syahadah pun tak tahu? Bertaubatlah!" sahut Haji Dolah.

*Mat dan boy cuma pasang telinga je perbualan mereka berdua*

"Ya Haji! 2 kalimah syahadah. Kalimah pertama syahadah apa dan kalimah kedua syahadah apa? Berapa huruf kedua-dua himpunan dua kalimah tersebut dan ia mewakili apa setiap satu hurufnya? Lailaha illallah! Tuhan mana yang nak dinafi Allah mana yang nak diisbat? Atau takde nafi-isbat melainkan sebat aje? Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah, Tuhan mana yang tak wajib disembah dan mana Allah yang nak diperakukan sebagai yang wajib disembah? Muhammad mana yang disuruh Allah..Muhammad Mustofa, Muhammad bin Abdullah, Muhammad (Yang Terpuji) atau yang mana? tolonglah pak Haji. Tak lepas lagi saya Rukun yang pertama.. Kalau tak tahu pergi tanya dengan Ahmad (mat)" Selepas man berkata, dia lalu pergi dari warung kopi tersebut dengan membawa kucingnya bersama.

Mat yang ketika itu sedang minum, habis tersedak dibuatnya kerana man suruh Haji Dolah tanya kepada dia.

Haji Dolah: "Apa yang Man merepekkan tadi mat? Disusah-susahkannya kalimah syahadah?

Mat: "Apa yang susahnya Pak Haji?"

Haji Dolah: "Takdelah.. Saya tak pernah dengar pun persoalan-persoalan macam tu"

*boy cuma pasang telinga sambil minum air*

Mat: "Tak pernah dengar? Banyakkah yang telah bapak dengar dan tahu sehingga yang tak pernah bapak dengar itu tiada dalam pengajian bapak? Atau bapak tidak tahu?"

Haji Dolah: "Saya mengaku saya tak tahu. Dengar persoalan si man tadi, tiba-tiba saya rasa sekecil kutu di depan mereka yang saya rasa selama ini mereka itu jahil. Padahal saya sendiri yang jahil."

Mat: "Kalimah pertama namanya Syahadah Tauhid dan keduanya Syahadah Rasul. Kalimah Tauhid ada 12 pecahan huruf dan yang Rasul pun ada 12 huruf. Bermakna 24 jam kita wajib tidak tergelincir dalam kalimah tersebut. Nafikan wujud yang lain dan isbatkan yang nyata hanya Dia!"

Haji Dolah: "Hanya Allah yang wujud?"

Mat: "Allah" masih lagi bernama dan berhuruf. Kalau bapak bersandarkan atas nama, maka bapak masih lagi dalam keadaan syirik"

Haji Dolah: "HAAAHHHH!!!"

Mat : "Apa yang bapak dapat dengan hanya berpegang pada 'nama'? Yang Haq masih gagal bapak kenali? Asal diri bapak sendiri pun tak mampu bapak ungkapkan.."

Haji Dolah: "Aku berasal dari Adam. Dari tanah.."

Mat : "Kalau mati nanti pulanglah bapak ke tanah. Di situlah emansipasimu!"

Haji Dolah : "Ahhhh!!! Aku ada roh tapi ke mana pulak dia ye?"

Mat : "Asal bermula dengan "Bismillahirrahmanirrahim".. ba, sim, mim, alif, lam, lam, ha, alif, lam, ro, ha, mim, nun, alif, lam, ro, ha, ya, mim...19 huruf!"

Haji Dolah: "Apahal lak tu?"

Mat: "Sebenarnya ada 20 huruf. Satu huruf pada satu sifat Allah, tetapi tinggal 19 dan satu huruf disembunyikan..."

Haji Dolah: "Di mana?

Mat : "hahaha"

Haji Dolah: "Kenapa pulak ketawa?"

Mat: "Lihat kedua tapak tangan bapak. Huruf apa?"

Haji Dolah: "Itu aku tahu. Bukan huruf tapi angka dalam tulisan Arab 18 dan 81. Kalau dicampurkan 18 dengan 81 jadi 99 nama Allah...."

Mat : "Sebenarnya 100. Satu disorokkan"

Haji Dolah: "Di mana?"

Mat : "Tanya boy....."

*mat saje-je sebut nama boy. hihi*

Haji Dolah: "Hah boy, bagitahulah kat pakcik kat mana disembunyikan?"

Boy dengan tak tahu apa-apa buat muka seposen. Boy dengan berlagak sombong depan Haji Dolah terus berdiri...

Boy: "Pak Haji nak tahu ke disembunyikan kat mana?"

Haji Dolah: "Ya.."

Boy: "Benda ni rahsia, pak haji tak belajar ke dulu-dulu? Saya dapat jawapan ni tahu tak kat mana? Tu dekat Gunung Ledang sana. Saya bertapa sebulan baru dapat jawapan ni tahu tak. Dah lah mat jom kita gerak"

Mat ketika itu ketawa kecil. Pandai betul si boy ni berlakon padahal dia sendiri pun tak tahu. Si Haji Dolah lagilah buat muka lima sen kena ceramah dengan anak-anak muda satu kampungnya. Hihii..

Tiada ulasan: