Catatan Popular

Ahad, 2 Ogos 2015

BENTUK ALAM ALLAH YANG MENGKAGUMKAN: FASAL 3 PENGARUH ASTRONOMI DAN KOSMOLOGI MODEN DALAM ZAMAN MODEN.



(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI) 

OLEH  USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN (GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH  DUNIA HEBAT  YANG TERSEMBUNYI)

PENGARUH ASTRONOMI DAN KOSMOLOGI MODEN DALAM ZAMAN MODEN


1. PENEMUAN-PENEMUAN YANG MENGKAGUMKAN.

Kacau bilau mengenai konsep alam dalam kalangan sebahagian terbesar dari umat Islam dalam zaman pertengahan tadi memberi peluang bagi masuknya pengaruh astronomi dan kosmologi moden dari Eropah yang kelihatan pada lahirnya jauh lebih unggul daripada konsep yang samar- samar itu, lebih sesuai dengan akal dan lebih bersifat alami.

Nicholas Copernicus (1473-1543 Masihi) dari Poland menyiarkan pendapatnya dalam karangan yang dikeluarkan dalam tahun 1543, tidak lama sebelum ia menutup matanya, bahawa bumi itu bukanlah tetap sebagai pusat alam, bahkan sebenarnya ia merupakan salah sebuah dari planet yang mengelilingi matahari. Maka kian bertambah lagi sikap alami manusia dalam pandangan terhadap alam menerusi akal. Pendapat baru ini telah menggegarkan dunia Kristian dan di Eropah yang menganggap Sistem Ptolemy tadi sebagai sesuai dengan ajaran gereja.

Menurut Sistem Copernicus bahawa matahari terletak di tengah-tengah manakala planet-planet beredar mengelilinginya. Utarid beredar pada falak pertama, Zuhrah beredar pada falak yang kedua bumi beredar pada falak yang ketiga, manakala bulan beredar mengelilingi bumi. Marikh beredar pada falak yang keempat, Musytari beredar pada falak yang kelima, Zuhal beredar pada falak yang keenam dan di atas sekali terletak bintang-bintang tetap kerana sistem ini berpusatkan matahari, ia digelar Heliocentric System, ertinya sistem berpusatkan matahari dan kemudian
digelar Solar System ertinya Sistem Matahari.

Meskipun Copernicus telah menemui Sistem Matahari, tetapi penemuannya itu hanya hipotesis sahaja. Astronomi moden sebenarnya bermula sejak zaman Galileo Galilei (1564-1642 Masihi) dari Itali yang telah mereka suatu teleskop dalam tahun 1609 dan mempergunakannya untuk melihat benda-benda ke langit. Menerusi alat ini ia dapat melihat betapa benarnya hipotesis Copernicus itu. Di sekitar planet Musytari ia melihat empat bulan yang mengelilinginya, suatu hajat yang terang bahawa bumi kita dengan sebuah bulannya, tidak mungkin menjadi suatu
benda ke langit yang penting. Ia melihat juga tingkatan cahaya permulaan planet Zuhrah yang serupa dengan bulan dan ini adalah fakta-fakta yang tiada dapat dihuraikan oleh Sistem Ptolemy. Juga Galileo mengarahkan teleskopnya kepada matahari dan ternyata bahawa benda ke langit yang disangka bersih itu sebenarnya berbintik-bintik. Bintik-bintik ini bergerak dari sebelah ke sebelah yang membuktikan matahari pun berpusing pada sumbunya sendiri. Oleh sebab kajian {observation) ini, Galileo menjadi penganut teori Copernicus yang bersemangat yang menyebabkan ia dipaksa oleh pihak gereja Kristian supaya membuat penafian di depan umum
mengenai teori-teori astronominya.


Di sebelah utara pula, Johann Kepler (1571-1630 Masihi) dari German melakukan kajian (observation) terhadap benda-benda ke langit dan ia mendapati bahawa suatu planet itu tidaklah berjalan dalam bentuk falak yang sebulatnya, malah berjalan dalam bentuk bulat panjang atau bujur. Ini adalah yang pertama dari tiga hukum Kepler.

Yang kedua, bahawa planet itu dalam apakah bujurnya, bergerak lebih cepat bila berdekatan dengan matahari dibandingkan dengan bila ia berada jauh daripadanya.

Yang ketiga, bahawa di sana terdapat hubungan matematik yang tertentu di antara semua jarak planet dari matahari dan waktu-waktu planet ini menyempurnakan pusingannya atas falaknya.

Di England, seorang ahlu fizik, Isaac Newton (1642-1727) menemui Hukum Graviti Alam. Andainya suatu benda di bumi jatuh ke arah permukaannya kerana ditarik oleh bumi, maka begitu juga benda-benda ke langit adalah menarik antara satu sama lain. Yang menyebabkan benda-benda ini kekal berada di dalam falaknya ialah di sekeliling bumi dan seterusnya ia menyatakan bahawa oleh sebab tarikan bulan terhadap permukaan bumi menimbulkan pasang surut air laut.

Idea-idea Newton ini bertebar ke seluruh dunia. Dua planet yang tiada kelihatan pada zaman dahulu, Neptun dan Pluto di kira sebagai wujud menerusi prinsip Newton dan akhirnya ditemui dengan sebenar-benarnya. Yang pertama dalam tahun 1846 dan yang kedua dalam tahun 1930.
Di samping ini ada lagi beberapa penemuan yang penting dalam sains disebabkan oleh hasrat untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam astronomi.

Seorang kawan Newton bernama Edmund Halley (1656-1742) membuat kajian terhadap comets atau bintang berekor dalam tahun 1718. Ia membandingkan letak bintang-bintang pada zamannya dengan apa yang telah dinyatakan oleh ahli astronomi Greek tua Hipparchus kira-kira tahun 170 Sebelum Masihi. Ia dapati bahawa letak beberapa bintang yang dianggap tetap, adalah ternyata berubah. Dengan ini diketahui bahawa bintang-bintang itu sebenarnya bergerak, dan
andainya beberapa buah bintang bergerak, adalah logik untuk diperkatakan bahawa bintang- bintang yang lain termasuk matahari juga bergerak. Oleh sebab ini, matahari tidak lagi dianggap sebagai pusat alam, malah ia mengambil tempat sebagai bintang biasa sahaja di antara berjuta bintang.

Seorang ahli astronomi pada zaman kemudian, Willian Herschel (1738-1822) sewaktu meneropong dengan teleskopnya ke arah bintang-bintang dalam tahun 1781 dengan tidak disangka-sangka telah menemui sebuah planet baru yang belum pernah dijumpai orang, digelari Uranus. Tetapi jasanya yang terpenting ialah penemuan galaksi kita yang merupakan suatu kumpulan bintang-bintang yang amat banyak. Ia meletakkan matahari pada tengah-tengah galaksi itu. Meskipun demikian, pendapatnya ini didapati salah kerana matahari itu sebenarnya terletak ke arah sebelah tepi. Juga ia telah menemui galaksi-galaksi lain yang dinamakan Pulau
Alam (Island Universes).


Dengan secara ringkas diterangkan di sini bahawa sejak zaman Herschel itu, pengetahuan mengenali galaksi kita dan Iain-lain galaksi telah amat jauh majunya. Orang dapat mengetahui bahawa galaksi kita terdiri kira-kira 100,000,000,000 bintang-bintang yang berpusing mengelilingi suatu pusat seperti roda. Matahari kita bergerak mengelilingi pusat Sistem Galaksi ini selama kira-kira 225,000,000 tahun untuk mencukupi satu pusingan. Juga galaksi-galaksi lain yang mempunyai bintang-bintang kira-kira sebanyak itu juga adalah berpusing mengelilingi pusat masing-masing. Galaksi ini yang terdiri dari berbagai-bagai jenis dan terbahagi kepada
beberapa kumpulan, adalah dikira berjumlah kira-kira 10,000,000,000 buah hingga waktu ini .

Jarak di antara satu bintang dan satu bintang dalam suatu galaksi itu juga jarak antara satu galaksi dan satu galaksi yang lain tidak lagi dikira dengan batu tetapi adalah dikira dengan tahun cahaya. Dalam 1 saat cahaya berjalan sederas 186000 batu, cubalah anda kira berapa batukah cahaya berjalan dalam masa setahun? Jarak antara matahari sebagai suatu bintang dengan bintang yang paling dekat adalah sejauh 4 l A tahun cahaya. Jarak antara bumi kita dan galaksi yang paling dekat adalah sejauh 850000 tahun cahaya, manakala galaksi yang paling jauh tidak
kurang dari 5,000,000,000 tahun cahaya, ditambah lagi dengan kemungkinan adanya galaksi yang lebih jauh, tetapi tidak lebih daripada kemungkinan pencapaian pancaindera manusia sejauh 13,000,000,000 tahun cahaya. Ya! Sungguh mengagumkan pengetahuan manusia mengenai alam dalam abad yang ke 20 ini.


2. BENTUK ALAM, KEJADIAN DAN NASIBNYA

Alam yang begitu sekali besarnya itu, bagaimanakah bentuknya secara keseluruhan? Dalam tahun 1916, Albert Einstein (1879-1955) mengeluarkan teorinya 15 bahawa alam ini yang terdiri dari empat dimensi 16 , adalah berbentuk bulat {sphere) seperti bola. Permukaannya yang terdiri dari galaksi yang banyak itu seperti gelembung sabun dengan kerutan di atas permukaannya.

Oleh sebab bulatannya, alam itu dapat diukur, oleh itu ia adalah terbatas (finite). Juga kerana titik, kemudian sampai kepada titik ini semula, dan begitulah seterusnya tanpa berhenti, sebab ini ia adalah tidak berakhir (unbounded). Jadinya, menurut Einstein, bahawa alam yang bulat itu adalah terbatas dan tidak berakhir (finite and unbounded).

Teori Einstein itu berasaskan atas pandangan terhadap alam sebagai dalam keadaan statik. Dalam tahun 1929 suatu perkembangan penting telah terjadi. Edwin Hubble (1889-1953) dari Amerika mengisytiharkan bahawa berasakan saksi-saksi percubaan, ternyata bahawa galaksi itu dengan cepatnya meninggalkan kita. Ini dapat ditafsirkan bahawa alam kita adalah dalam keadaan mengembang dengan amat cepatnya. Beberapa teori telah timbul untuk menggambarkan bentuk alam atas asas alam yang mengembang (expanding universe) itu. Nampaknya yang banyak


Jumlah galaksi ini adalah menurut keterangan Robert Jastrow dalam bukunya Red Giant and White Dwarfs, nakhah yang telah diperbaiki dari cetakan tahun 1969 ms 19. Teori ini terkandung dalam General Theory of Relativity yang dikeluarkan dalam tahun yang tersebut di atas.

Empat dimensi ini ialah tiga untuk ruang: panjang, lebar dan dalam, dan satu lagi ialah zaman. Bentuk alam adalah hasil dari alam tiga dimensi untuk ruang itu yang dikemukakan secara hipotesis. diterima orang ialah Big Bang Theory, ertinya teori letupan besar yang menyatakan bahawa galaksi itu berkembang akibat dari hembusan suatu letupan besar waktu mula terjadi dulu.

Dengan keadaan ini, alam itu sebagai suatu keseluruhan adalah berbentuk bulat dan
mengembang seperti suatu belon getah yang ditiupkan angin ke dalamnya. Kalau pada permukaan belon itu dibuat titik-titik yang sama jauh kedudukannya, kemudian setelah dihembuskan angin ke dalamnya, titik-titik itu makin menjauhi antara satu sama lain, serupalah dengan galaksi-galaksi yang meninggalkan oleh yang satu akan yang lain, setelah dihembus oleh letupan besar ini. meninggal oleh yang satu akan yang lain ketika belon mengembang dari sebab hembusan angin ke dalamnya. Titik di tengah itu menggambarkan galaksi kita yang bukan sahaja ia ditinggalkan,
tetapi juga ia meninggalkan galaksi yang lain.

Sekarang timbul pertanyaan: Apakah galaksi itu mengembang terus menerus atau tidak? Kalau mengembang terus-menerus, galaksi-galaksi itu akan menuju kepada matlamat yang tiada hadnya. Tetapi , pendapat yang banyak diterima sekarang, bahawa alam itu bukanlah berkembang terus menerus, oleh sebab adanya graviti alam, maka bila sampai masanya, galaksi- galaksi itu akan turun semula menuju kepada pusatnya dan kemudian mengembang kembali.


Begitulah alam mengembang dan menguncup sebagai denyutan jantung. Sebab itu pendapat ini digelar Pulasting Universe Theory ertinya Teori Alam Yang Berdenyut.


3. KEKELIRUAN UMAT ISLAM

Umat Islam berdepan dengan suatu cabaran baru dari barat mengenai alam. Cabaran yang berlainan sekali dari permulaan zaman pertengahan dulu. Penemuan baru sejak zaman Copernicus sampai kepada zaman Herschel yang telah menggegarkan Eropah itu, turut menggegarkan pula masyarakat Islam timur tengah. Umat Islam mulai merasa betapa pentingnya mengubahkan konsep lama mereka mengenai alam. Ayat Al-Quran berhubung dengan alam ini memang banyak dan nampaknya boleh ditarik semacam getah untuk disesuaikan dengan apa sahaja konsep yang baru datang dan sesuai dengan akal. Dalam bahagian akhir dari abad yang ke 19, pentafsiran ayat-ayat Al-Quran secara moden sains termasuk mengenai astronomi telah dimulai. Di antara kitab-kitab yang paling penting dalam peringkat zaman ini ialah "Kasyaful Asrar An-Nuraniah  oleh Muhammad bin Ahmad Al-Iskandarani yang dikeluarkan dalam tahun 1297 Hijrah (1891 Masihi)  .

Berdasarkan astronomi moden, umat Islam mendapati tidak ada langit tujuh lapis yang dikatakan oleh ulama purba sebagai terletak pada tujuh lapis falak, walaupun dalam bentuk lut sinar (syafaf), yang ada hanya graviti alam yang menyebabkan planet-planet beredar di sekitar matahari itu dalam ruang angkasa yang luas. Juga harapan bertemu dengan langit sebagai kubah yang terlungkup di atas kepala sebagaimana menurut zahir hadis adalah mengecewakan sekali kerana ahli-ahli astronomi Eropah yang telah meneropong jauh ke dalam ruang angkasa, ke
sebelah sana bintang-bintang dan galaksi, lebih jauh daripada 500 tahun perjalanan di antara bumi dan langit 18 belum menemui langit yang diharapkan. Malah Kursi dan Arasy yang sepatutnya telah dilihat oleh teleskop itu ialah benda-benda ke langit iaitu bulan, matahari, planet dan bulan masing-masing, bintang berekor, bintang, galaksi dan Iain-lain. Di sini umat Islam mulai terpedaya, mereka membuat peninjauan kembali tentang erti kata- itu dalam bahasa bererti ertinya tiap-tiap yang di atas kamu atau sebagaimana menurut Al- Raghab Al-Asfahani  ertinya langit bagi tiap-tiap suatu ialah apa yang di atasnya. Jadinya, tidak ada lagi apa yang di atas kepala kita yang tinggal di atas permukaan bumi  Berpandukan keterangan Muhammad Hussein Az-Zahabi dalam thesisnya 'Tafsir Wal Mufsarun' Jilid 3 ms 163- 164. Buku Kasyful Asrar An-Nuraniah itu masih ada hingga sekarang dalam simpanan perpustakaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan terdiri dari tiga jilid. Yang membicarakan tentang astronomi terdapat dalam jilid yang kedua.

Ini berdasarkan beberapa hadis yang menggambarkan jarak di antara bumi dan langit adalah sejauh 500 tahun perjalanan. Tetapi tahun manakah yang menjadi ukuran di sini? Akan diterangkan dalam bahagian yang kedua akan datang. yang bulat ini, selain daripada benda-benda ke langit tadi yang disebut dengan "" atau dalam bahasa Inggeris disebut heavenly bodies atau celestial bodies. Dengan ini, benda-benda ke langit telah diterima oleh umat Islam sebagai langit-langit yang sebenar.

Akibat dari ini, tafsiran ulama Islam tentang langit tujuh lapis dalam peringkat zaman yang mula-mula hingga sekitar tahun 1930 adalah tertumpu pada tujuh planet yang mengelilingi matahari. Ya! Sekarang planet itu sendiri ialah langit-langit, bukan berada pada langit-langit. Seperti tafsir ahli Al-Haq dulu. Tafsiran yang berkeluk-keluk pun diadakanlah untuk memperjelaskan gambaran itu. Ada yang membuat alasan bahawa planet itu sebenarnya ada tujuh tetapi ketika Al-Quran diturunkan, dua daripadanya Uranus dan Neptun masih belum  ditemui, oleh itu orang pada zaman dahulu memasukkan bulan dan matahari ke dalam kumpulan planet bersama lima planet yang telah diketahui, jadinya semua planet itu berjumlah tujuh buah.

Oleh itu yang dimaksudkan oleh Al-Quran dengan tujuh lapis langit itu ialah tujuh planet yang mempunyai tujuh lapisan falak, iaitu lima yang telah diketahui sejak zaman purba" Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal, dan dua lagi yang baru ditemui, Uranus dan Neptun.
Meskipun bumi termasuk dalam kumpulan planet, tetapi ia dikecualikan kerana yang dikatakan langit-langit itu ialah benda yang di atas bumi.

Planet yang tujuh buah itulah langit tujuh lapisan yang dinaiki oleh rasulullah sallallahu alaihi wassalam pada malam Israk dan Mikraj.

Bila sebuah planet lagi ditemui dalam tahun 1930, yang dinamakan Pluto, maka konsep penulisan Islam itu menjadi kacau . Tetapi kemudian dengan senang mereka menyelamatkan diri dengan berteduh di bawah suatu kaedah dalam usul fikah 'Al-Adada La Mafhum lahu' ertinya bilangan tidak ada mafhum baginya. Maksudnya tiap-tiap bilangan yang tertentu dalam  agama tidaklah memberikan pengertian wang terbatas setakat agak bilangan itu. Malah memberikan pengertian banyak. Jadinya apa yang difirmankan Allah subhanahu Wa Taala bahawa langit itu mempunyai tujuh lapis sebenarnya mempunyai banyak lapis .


Perubahan pengertian itu membawa kepada berkembangnya suatu pengertian baru dalam kalangan penulis-penulis moden Islam mengenai langit dalam zaman yang terakhir ini. Sebagai contohnya, kita petik suatu takrif yang diberikan oleh Doktor Muhammad Jamal Ad-Din Al- Fandi, pengetua bahagian astronomi di Universiti Kaherah:

"Apabila kita menganggap bahawa langit itu adalah nama bagi apa yang ada di atas kita, jadinya tidak syak lagi ialah seluruh alam yang berada si sekitar kita bermula dari angkasa si sekitar bumi, dituruti oleh seluruh planet, matahari, bintang-bintang di angkasa dalam galaksi kita dan galaksi-galaksi lain seterusnya. Inilah dia as-sama' (langit)".

Seterusnya ia berkata lagi: "Sesungguhnya Allah telah membina dan mengangkatkan langit dan menjadikan tiap-tiap jirim (benda) padanya sebagai batu-bata dari sebuah binaan yang tinggi, dan ia mengangkat pula ajram (benda-benda) ini seluruhnya setengah di atas setengah yang lain menerusi kekuatan menolak pusat (centrifugal force) juga diikat di antara satu sama lain ketika itu juga oleh graviti alam. Maka graviti dan kekuatan menolak pusat yang melahirkan pusingan
dalam perjalanan serupa bulatan (semi-circular) atau bujur. Adalah seumpama tiang-tiang yang berdiri dengan sebenar-benarnya. 26 Keterangan ini adalah sebagai tafsiran bagi ayat-ayat Al- Quran:

Ertinya: dan langit kami jadikan sebagai binaan (Al-Baqarah: 22).

Ertinya: Dan Langit itu ia mengangkat dan ia adakan neraca (Ar-Rahman: 7)

Ertinya: Allah yang mengangkat langit-langit dengan tidak bertiang yang kamu dapat  melihatnya. (Ar-Ra'd: 2)

Ada pula suatu ayat Al-Quran yang dikatakan menjadi bukti bagi mengembangnya seluruh alam. Ayat ini berbunyi demikian:

Ertinya: Dan langit itu kami dirikan dia dengan kekuasaan kami, dan sesungguhnya kamilah yang meluaskannya (Az-Zariayat: 47)

Dengan ini bererti konsep bagi kaum terpelajar Islam sekarang sama dengan konsep alam yang mengembang menurut pendapat yang paling akhir dalam kosmologi. 27


4. SAMARNYA GAMBARAN AL KURSI DAN AL-ARSY

Kalau begitulah konspe langit, jadinya seluruh alam syahadah yang kelihatan ini selain dari bumi adalah langit semuanya. Tujuj lapis langit telah dileburkan ke dalamnya tidak ada tempat lagi dalam alam itu untuk kursi dan Arasy. Kalau galaksi yang terletak beratus juta tahun, kemudian ribuan juta tahun perjalanan cahaya jauhnya dari kita masih kelihatan lagi oleh teleskop, tidak ada sebab kalai Arasy yang letaknya Cuma 50000 tahun perjalanan sahaja ke atas langit bumi yang ketujuh (lihat muka 26) tidak kelihatan dalam teleskop itu, lebih-lebih lagi Kursi yang lebih rendah daripada Arasy.

Sekarang kedua-dua benda ini pula yang menjadi tanda tanya umat
Islam. Kalau langit dapat dilihat dengan mata kasar atau menerusi alat-alat iaitu benda ke langit atau Al-Ijiramul Samawiyah, bagaimana pula Kursi dan Arasy? Apakah keduanya merupakan makhluk berjisim? Atau makhluk rohaniah? Atau merupakan pengertian dalam alam ma'ani? Atau lambang yang tidak ada pada kaitan? Atau Iain-lain? Sekali lagi kaum pelajar Islam mengadakan peninjauan kembali, mereka mencari pula dua kata-kata itu dalam bidang bahasa, apa kata kamus tua itu dan apa kata mufradat ini. Apa kata tafsir itu dan apa kata mustholahat
ini , serupa juga dengan cara mereka mencari pengertian langit tadi, tidak dicarinya dalam agama menurut metode yang telah dilakukan oleh ulama salafussoleh atau ahli al-Haq pada zaman-zaman kemudian. Anda tentu dapat mengagak apakah hasil yang akan didapati mereka dari cara itu, maklum sahaja bahasa, pengertian kata-kata yang popular dalam kalangan orang ramai. Termasuk pengertian di dalam kepala orang-orang jahil yang merupakan golongan terbesar dalam masyarakat. Sungguhpun Al-Quran diturunkan menerusi suatu bahasa supaya pemakai bahasa itu mengerti, tetapi pengertian orang ramai terhadap satu-satu kata istilah adalah

Penyesuaian antara ajaran Islam dan astronomi dan kosmologi moden ini, anda akan temui hampir di mana- mana sahaja sekarang dalam buku-buku dan berkala-kala, dalam bahasa Arab, Inggeris, Urdu, Indonesia, Malaysia dan Iain-Iain. Suatu kejadian yang paling lengkap pernah dikeluarkan mengenai ini tertulis dalam buku Tafsir Alami Li Ayat Al-Kawaniah Fi Al-Quran oleh Hafni Ahmad, keluaran Darul Maaruf, Mesir, (tidak ada tarikh) terdiri dari 454 muka suarat. Meskipun penulis Islam yang paling akhir telah menyampingkan teori tujuh lapis langit ialah tujuh buah planet itu dan menegaskan bahawa langit yang sebenar ialah seluruh alam yang berada di sekitar bumi, tetapi teori ini masih dianuti orang seperti H. Moenawar Chalil dalam bukunya Peristiwa Israk Mikraj, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta Cetakan yang pertama dalam tahun 1960 dan yang kedua dalam tahun 1965.

Salah seorang penulis Islam yang terkenal, Nazwar Syamsu mengusulkan bahawa 9 buah planet yang telah ditemui sekarang terbahagi dua. Yang pertama tujuh planet yang falaknya di luar dari falak bumi Marikh, Zuhal, Musytari, Uranus, Neptun, Pluto dan sebuah lagi planet yang katanya masih belum ditemui orang dinamakan Muntaha (dari sidrarul muntaha). Semua planet ini merupakan tujuh langit dan yang kedua, dua planet yang terletak dalam falak bumi iaitu Zuhrah dan Utarid dianggapnya sebagai terletak di bawah bumi. Di samping ini ada sebuah planet yang telah binasa katanya. Jadi, semuanya ada 11 buah planet sebagaimana dalam mimpi Nabi Yusuf Alaihi Salam. Dari planet Muntaha itu turunnya Nabi Adam Alaihi Salam ke bumi dan ke langit Zuhrah, naiknya Nabi Isa alaihi salam. Lihat
bukunya Isa Al-masih di Venus keluaran Pustaka Saadiah, Padang Panjang, Sumatera Indonesia cetakan tahun  1969.

Tentang bagaimana cara kaum terpelajar mencari konsep Kursi dan Arasy, sebagai contoh, lihat dalam buku Peristiwa Israk dan Mikraj muka surat 70-71. Juga dalam buku Tafsir Alami Li Ayat AI-kawaniahFi Al-Quran muka surat 128-129


relatif. Yang jahil tidak sama pengertian dengan yang alim, yang tidak diberi penerangan lanjut oleh rasulullah sallallahu alaihi wassalam tidak sama pengertian dengan yang telah diberi penerangan lanjut, yang renggang dari Allah dan rasulNya, tidak sama pengertian dengan yang rapat dengan Allah dan rasulnya. Hasil dari peninjauan kembali itu, bukan menambahkan jelasnya perkara, bahkan sebaliknya menyebabkan generasi baru dalam Islam termasuk penulis buku ini sendiri bertambah ragu dan samar-samar.


5. UMAT ISLAM MAKIN MENYELEWENG

Kerana gagalnya ulama moden Islam mencari penyesuaian antara sistem alam yang tersebut  dalam Al-Quran dan sistem alam menurut astronomi dan kosmologi yang bersifat kebendaan itu, dengan secara tidak sedar, sebagaimana yang saya nampak ada kaum pelajar Islam mendapatkan kombinasinya dalam apa yang dinamakan Alam Al-Atsir ertinya alam gas (ether) menerusi ilmu spiritisme, sejenis ilmu untuk berhubung dengan apa yang dikatakan mereka roh orang-orang mati. Menerusi keterangan dari roh-roh ini yang menjelma pada perantara atau wasita' atau
mediums. Mereka dapat mengetahui bahawa alam atsir ini terdiri dari tujuh lapisan atau tujuh mustawi atau tujuh permukaan (planes) yang mengelilingi bumi selapis demi selapis secara menyilang (interpenetrate) antara satu sama lain. Lapisan yang paling bawah berada pada bahagian permukaan bumi ini. Tiap-tiap lapisan itu berbeza antara satu sama lain menurut  getaran gas. Seterusnya dikatakan pada permukaan tiap-tiap lapisan itu terdapat suatu alam dari makhluk-makhluk yang terjadi dari gas serupa dengan alam yang kita lihat di atas dunia ini.

Tiap-tiap permukaan itu merupakan bumi bagi penduduknya. Bila melihat fakta ini, seorang penulis Islam yang popular sekarang, Abdul Razak Naufal dari Mesir menyatakan dengan tegas:

"Tidakkah ini yang dikatakan tujuh alam dengan langitnya dan buminya seperti yang disebut jelas dalam Al-Quran;  Ertinya: Allah yang menjadikan tujuh langit dan seperti itu juga dari bumi menurut perintah (Allah) di antaranya supaya kamu ketahui bahawa Allah itu berkuasa atas tiap-tiap suatu, dan bahawasanya Allah meliputi tiap-tiap suatu dengan ilmuNya. (At-Thalaq: 12)

Seterusnya ia menjelaskan bahawa berlapisnya langit-langit dan bumi-bumi itu secara bersilang antara satu sama lain merupakan jalan untuk pendakian roh dari bawah ke atas sebagaimana kata ilmu spiritisme moden dan ini adalah tafsiran yang sesuai sekali dengan nas-nas ayat-ayat Al- Quran seperti salah satu daripadanya berbunyi: :Tidakkah kamu fikirkan bagaimana Allah menjadikan tujuh langit berlapis-lapis.


Disingkatkan dari buku Hayat Al-Akhri oleh Abdul Razak naufal, ms 126-127. Penulis ini yang banyak menghasilkan karangan mengenai agama yang disesuaikan dengan sains adalah salah seorang dari tokoh penulis


Berdasarkan ilmu spiritisme itu juga, seorang penulis yang lain Doktor Ali Abdul jalil Radhi menyatakan bahawa langit-langit dalam alam Atsir itulah tempat mikrajnya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam kerana ilmu atsir itu bukan dari alam fizik yang bersifat kebendaan, maka mikraj ini tentulah tidak terjadi dengan roh dan jasad, tetapi adalah semata-mata dengan roh. 30


6. ALAM AKHIRAT YANG SAMAR-SAMAR

Tidak diketahui bagaimana kaum terpelajar Islam yang bersifat kebendaan dalam pemikiran mereka tadi mentafsirkan alam akhirat menurut astronomi dan kosmologi, tetapi kaum terpelajar Islam yang bersifat rohani dalam pemikiran mereka di atas mempunyai tafsiran sendiri mengenai alam akhirat itu. Abdul Razak Naufal menyatakan seterusnya bahawa, tujuh lapis langit dan bumi dalam alam atsir itulah alam akhirat, tempat kembalinya roh-roh orang yang mati dan di situlah juga terdapat neraka dan syurga sebagaimana yang digambarkan oleh roh-roh orang yang
mati tadi menerusi perantara. Inilah alam hakiki bagi manusia yang telah berpindah kesan, meskipun ia merupakan alam ghaib bagi manusia yang masih hidup di dunia. Tetapi setelah ia berpindah oleh manusia, seperti firman tuhan:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumaah: 8)

Dalam ayat ini dan Iain-lain ayat yang menyebut alam ghaib dan syahadah, adalah didahulukan ghaib kemudian baru disebut syahadah. Juga dalam ayat ini disebut maut sebagai jalan perpindahan manusia kepada alam yang bermulanya ghaib kemudian menjadi masyhud (dapat di saksi).

Tidak diketahui bagaimana tafsiran kepercayaan baru ini mengenai hari kebangkitan di mana manusia sebagai roh dan jasad terjadi semula dan melalui kehidupan yang lama di bumi mahsyar hingga dimasukkan ke dalam neraka dan syurga. Nampaknya pada mereka tidak ada berbeza antara neraka dan syurga dalam kehidupan barzakh dan neraka dan syurga dalam alam akhirat.

Serupa dengan kaum terpelajar Islam yang bersifat kebendaan dalam pemikiran mereka tadi mencari langit, kursi dan Arasy dengan cara mengekor pendapat dan metode orang-orang terpelajar barat. Maka ahli-ahli terpelajar Islam yang bersifat rohani dalam pemikiran mereka pula menuruti jalan yang sama, yang berbeza hanya dalam lapangan. Mereka tidak mencari alam ghaib itu dalam agama anutan mereka sendiri, agama Islam, menurut metode ahli al-Haq. Mereka percaya pada metode manusia-manusia yang tiada pernah mengucap dua kalimah syahadah dan mengambil pengakuan dari makhluk halus yang menjelma pada diri mereka
mengenai alam ghaib untuk disesuaikan dengan ayat Al-Quran yang maha suci. Kalau berhubung dengan langit dalam alam fizik pun umat Islam moden telah terpedaya dan dikelirukan, apatah lagi berhubung dengan alam ghaib, suatu alam yang banyak sekali jurang bahayanya, alam yang banyak jenis dan tingkatannya, termasuk tingkat alam jin dan syaitan.

Kalau ahli al-Haq dulu dengan secara sedar menyesuaikan keterangan mereka dengan ukuran akal manusia, dan sebagaimana dalam keadaan sedar mereka mengetahui ranjau-ranjau dan jurang-jurang bahaya, tetapi ulama Islam moden sekarang, bukan mengadakan penyesuaian. Sebelum mereka meraba-raba dalam gelap, tidak mengetahui di mana duduknya ranjau dan jurang dan mereka bersama pendapat ahli-ahli sains dan spiritisme itu secara tidak sedar telah masuk k dalam gaung yang dalam secara beramai-ramai.


7. BETULKAH  AL-AJRAM AL-SIMAWIYAH ITU LANGIT?

Sekarang kita kembali pula kepada penyesuaian langit dengan benda ke langit atau jirim samawiyah menurut astronomi dan kosmologi tadi. Sebelum membaca penerangan mengenai ini, anda perlu mengetahui lebih dulu suatu pengertian yang tepat mengenai jirim samawiyah yang disebut dalam bahasa Inggeris dengan Celestial Bodies (jasad cakerawala) itu. Di sini kita pergunakan takrif yang diberikan oleh Ake Wallenqusit. Menurut Jasad Cakerawala ialah "suatu istilah yang mengandungi matahari, bulan, planet, bintang dan Iain-lain objek dalam semesta. 

Kalau anda membuat kajian terhadap ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis, hampir-hampir anda tidak akan menemui keterangan yang menyatakan bahawa apa yang dinamakan jirim samawaiyah itu sendiri ialah langit. Yang anda akan temui hampir keseluruhannya, benda-benda disebut dengan nujum dan musabih (bintang), al-kawakib dan al-jawari (planet), al-qamar (bulan) dan as-shams (matahari). Manakala kata-kata sama' digambarkan secara terasing dari benda-benda itu. Sebagai contoh dikemukakan beberapa firman Tuhan di bawah ini:


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka Yang menjulang-julang. (Surah Al- Mulk: 5)

Demi langit dan "At-Taariq"; dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia "At-Taariq" itu? -(At-Taariq) ialah bintang Yang menembusi (sinaran cahayanya); (At-Taariq: 1-3)

(Sumpah Demi sumpah) Sesungguhnya Segala Yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku. oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; dan apabila langit terbelah; (Surah Al- Mursalat: 7-9)

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi)  Dengan hiasan bintang-bintang. (As-Shaffat: 6)

apabila langit terbelah; dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; (Al-Infitar: 1-2)


"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan Bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang), (Nuh: 15-16)


Dari ayat ini jelas bahawa bulan dan benda-benda yang sejenis dengannya yang mengeluarkan cahaya dari dirinya sendiri, semuanya bukanlah langit.

Dari keterangan ahli al-Haq tadi (muka 18) terbukti bahawa yang dimaksudkan dengan sama' bukanlah bulan, matahari dan planet yang mengelilingi bumi tetapi adalah suatu benda yang lain.

Sekarang jelas tergambar adanya persamaan pandangan antara ahli al-Haq dan Al-Quran. Dalam pada itu pun tafsiran ahli al-Haq tadi masih belum memuaskan hati kita kerana terlampau banyak memelihara pendapat yang telah berdiri dalam masyarakat, manakala tafsiran ulama moden ternyata gelincirnya dari kebenaran dan merosakkan konsep iman generasi baru Islam. Kalau begitu, kita memerlukan sesuatu tafsiran baru yang lebih terus terang mengenai sama' atau langit
itu dan tafsiran inilah yang akan dipersembahkan dalam bahagia akan datang. Pembicaraan tentang sama' ini merupakan mata rantai yang menyambungkan alam yang telah diketahui sekarang yang disebut dengan alam yang mengembang tadi dengan alam yang lebih tinggi, atau dengan kata-kata yang lain, ia seperti Kursi dan Arasy. Dengan tafsiran kita nanti, anda akan dapat melihat jelas bagaimana hubungan kita dengan sikap alami dalam zaman Islam yang pertama dan sikap alami yang disalutkan dengan sikap tabii dalam zaman pertengahan.

Tiada ulasan: