Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu telah
berkatabahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi
Wasallam telah bersabda bahawa AllahTa’ala telah berfirman:
“Aku adalah sepertimana
sangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersamanya ketika diaberzikir mengingatiKu.
Maka jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Daku akan mengingatinya dalam DiriKu,
dan jika dia mengingatiKu dalam jemaah manusia, Daku akan mengingatinya dalam
jemaah yang lebih baik dari mereka;Dan jika dia mendekati kepadaKu sejengkal,
Daku akan mendekati kepadanya sehasta; Dan jika dia mendekati kepadaKu sehasta,
Daku akan mendekati kepadanya sedepa; Dan jika dia mendatangiKu sambil
berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari.”
PENJELASAN
HADITS 6
Hadits ini telah diriwayatkan oleh Hadhrat ImamBukhari
Rahmatullah ‘Alaih dari ‘Umar bin Hafs dan beliautelah meriwayatkan dari
bapanya dan beliau telahmeriwayatkan dari Al-A’mash dan beliau telah
mendengarriwayat ini dari Abu Salih dan beliau telah meriwayatkan dariHadhrat
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau telahmeriwayatkan Hadits ini dari
Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.Hadits ini
tergolong dalam Hadits Qudsi iaitu firman-firman Allah Ta’ala kepada Hadhrat
Baginda RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam yang tidak termaktub di
dalamAl-Quran bahkan ianya adalah ucapan yang diucapkandengan gaya pengucapan
Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
sendiri.Dalam Hadits ini, Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah menjelaskanbahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
berfirman menerusiKalam HaditsNya yang Suci bahawa Allah Ta’ala itubertindak
menurut sangkaan dan tindakan hambaNyaterhadapNya.
Allah berfirman:
“Aku adalah sepertimanasangkaan hambaKu terhadapKu”,
adalah memberikanpenegasan bahawa setiap hamba Allah
perlu memelihara segala sangkaan mereka terhadap Allah iaitu dengan
sentiasabersangka baik terhadap Rahmat dan keampunan dari Allahserta bersangka
baik bahawa segala doa dan permohonannyayang baik itu didengari dan dikabulkan
oleh Allah SubhanahuWa Ta’ala. Jika kita menyangka bahawa Allah itu dekat,
makasesungguhnya Dia memang dekat bahkan lebih dekat dariurat leher dan jika
kita menyangka bahawa Allah itu jauh darikita, maka sesungguhnya diri kita
itulah yang sebenarnya jauhdari Allah.
Na’udzu Billahi Min Zalika!
Seseorang hamba
Allah yang beriman hendaklahmenjauhi segala sangkaan yang buruk terhadap Allah
danmemelihara adab-adab agar dia tidak terlempar jauh dariRahmat Allah.
Sangkaan seseorang hamba Allah terhadapTuhan Yang Maha Pencipta akan menentukan
tindakan Allahterhadap dirinya kerana Allah sentiasa berserta dengansesiapa
sahaja di kalangan hamba-hambaNya yangmengingatiNya sepertimana FirmanNya:
“Dan Akubersamanya ketika dia berzikir mengingatiKu”.
Jika merekalupa terhadap Allah, Allah tetap tidak akan
melupakanhambaNya kerana Dia adalah Tuhan Yang Maha Pemeliharadan Dia adalah
Maha Pemelihara lagi Maha Berkuasa atassekelian makhluk ciptaanNya.Seterusnya
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
“Maka jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Daku
akanmengingatinya dalam DiriKu”.
Sewaktu kita sedang berzikirmengingati Allah di dalam
hati berseorangan diri, hendaklahkita sentiasa membayangkan sangkaan-sangkaan
yang baikterhadap Allah iaitu seperti membayangkan limpahan Faidhzdari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang sentiasa meliputi danmelimpahi diri kita dan begitu
juga ketika menjalanikehidupan seharian, kita hendaklah memperingatkanmanusia-manusia yang lain tentang Kebesaran dan
Kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Allah Subhanahu Wa Ta’ala seterusnya
berfirman:
“Dan jika dia mengingatiKu dalam jemaah manusia, Dakuakan
mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik darimereka”,
yakni jemaah Para Malaikat Muqarrabin yangsentiasa berada
di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Apabila kita menceritakan tentang Allah
SubhanahuWa Ta’ala kepada manusia, itu merupakan suatu Dakwahkerana kita
menyeru manusia supaya mereka kembalimengingati Allah, Tuhan Pencipta dan
Pemelihara sekelianalam. Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan bertindak jauhmelebihi
tindakan kita terhadapNya. Perkataan yang menyerumanusia kepada Allah adalah
merupakan perkataan-perkataan yang baik. Apabila kita mengingatkan
manusiaterhadap Kekuasaan dan Kebesaran Allah Subhanahu WaTa’ala, ianya akan
menyebabkan diri kita diingati oleh AllahTa’ala di dalam majlis Para
MalaikatNya. Nama kita akandisebut-sebut oleh Allah Ta’ala di hadapan jemaah
ParaMalaikat yang jauh lebih baik dari jemaah para manusia.
Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berfirman:
“Dan jika diamendekati kepadaKu sejengkal, Daku akan
mendekatikepadanya sehasta”.
Kerana itu hamba-hamba Allah yang Salih sentiasa berusaha
mendekatkan diri mereka kepada Allah kerana dengan pengharapan dan usaha mereka
yangsedemikian akan menyebabkan Allah bertindak jauh melebihitindakan mereka
terhadap DiriNya. Apalah nilainya ingatanseorang hamba terhadap TuhanNya,
dengan ingatan yangkurang sempurna dan penuh dengan kelalaian, namunmeskipun
ingatan hamba yang lemah itu hanya dilakukan didalam hati, Allah Subhanahu Wa
Ta’ala tetap mengetahuinya kerana Dia adalah Zat Yang Maha Mengetahui segala
isi hatidan ingatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala selaku TuhanPemelihara sekelian
alam terhadap hambaNya itulah yangpaling bernilai.Seterusnya Firman Allah
Ta’ala:
“Dan jika diamendekati kepadaKu sehasta, Daku akan
mendekatikepadanya sedepa”.
Kata-kata ini menambahkan penjelasantentang keluasan
Rahmat Allah dan Dia Maha Dekat terhadaphamba-hambaNya yang sentiasa tekun
berusaha untukmendekatkan diri mereka kepadaNya menerusi amalan-amalan yang
Salih.Walau sejengkal kita bergerak untuk mendekatkan dirikepada Allah Ta’ala,
Dia akan mendekati kita sehasta danwalau sehasta kita bergerak menuju
kepadaNya, Dia akanmendekati kita sedepa. Kata-kata ini merupakan bentukkiasan
metafora bagi menunjukkan betapa cepatnya danbetapa berlipat-gandanya tindakan
Allah Ta’ala terhadaphamba-hambaNya yang sentiasa sibuk mencari jalan
untukmenuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
FirmanNya: “Dan jika dia mendatangiKu sambilberjalan, Daku akan mendatanginya
dengan berlari”,
adalahbagi menjelaskan lagi tentang betapa cepatnya
tindakan AllahSubhanahu Wa Ta’ala terhadap tindakan hamba-hambaNyayang sedang
menuju kepadaNya.Adapun, segala kata-kata ini adalah berbentuk kiasansahaja
namun memberikan pengertian maksud yang sebenartentang Af’al perbuatan Allah
kepada manusia iaitutindakanNya jauh lebih cepat dan lebih baik mengatasi
segalatindakan kita terhadapNya.
Kita menyangka
bahawa kitalah yang terlebih dahulumelakukan tindakan mengingati Allah Ta’ala
tetapi padahakikatnya, Allah Ta’ala yang terlebih dahulu mengingati kitasebelum
kita mengingati ZatNya kerana Dialah yangmelimpahkan Taufiq dan Hidayah kepada
kita agar kita dapatmengingati ZatNya dan menyebut NamaNya serta
melakukanIbadah mendekatkan diri kepadaNya.Meskipun kita mengingati Allah,
namun Allahlah yangterlebih dahulu ingat terhadap diri kita, kerana itulah
Diamenggerakkan segenap hati dan fikiran kita agar tertumpukepada ZatNya Yang
Maha Agung agar kita dapat menyedaridan merasai bahawa Kekuasaan Allah adalah
mutlak atassekelian makhlukNya.
Allah Ta’ala menggunakan diri hamba-hambaNya
untuk mensucikanNya, memujiNya, membesarkanDiriNya dan memperakui bahawa
sesungguhnya Allah adalahTuhan yang berkuasa atas sekelian makhluk.Hadits ini
menjadi suatu dorongan yang kuat bagiorang-orang yang beriman dan mencintai
Allah untuk lebihmendekatkan diri kepadaNya dengan mengikhlaskan amalanAgama
sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh HadhratBaginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam. Kita perlu sentiasa memikiri maksud
Hadits ini dansentiasa bersangka baik dengan Allah Ta’ala supaya kita
tetapberada dalam golongan orang-orang yang sentiasa berolehRahmat dan
pemeliharaan dari Allah.Dia adalah Maha Besar, Maha Benar, Maha Agung lagiMaha
Mulia. Dia adalah Zat yang Wajibul Wujud, yangterhimpun padaNya segala
sifat-sifat kesempurnaan dan sucidari segala sifat-sifat kekurangan dan
kelemahan. Segala pujiadalah bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan