Catatan Popular

Ahad, 16 Ogos 2015

NOVEL ALLAH HANYA PADA NAMA SIRI 3 (NOVEL HAKIKAT)


Boy dah janji ingin menunggu Mat sehingga Mat habis menunaikan solat Isyak. Katanya nak ajak Mat lepak kat taman. Kedudukan Boy ketika ini hampir 10 meter dari surau.

Boy duduk di atas motornya lalu mengambil earphone dari poketnya. Sambil dia tunggu Mat, sambil itu dia dengar lagu pakai earphone. Boy bagi high volume, lalu dia sajikan sebuah lagu sambil mulutnya bergerak-gerak mengikuti rentak intro Dr. Mahathir bahasanya agak omputeh sikit permulaan awal liriknya...

The world now lives in fear
We are afraid of everything ♪


Alhamdulillah..
Kita selamat..
Kabus dah hilang..
Perang dah tamat..
Nyanyikan lagu..     ♪

Damai dalam lena..
Jangan buka mata..
Realitinya sungguh berbeza..

*Masuk part rap boy pun melajukan gerak bibirnya mengikut rentak lagunya*

Berita yang ditunggu..
Kini sedang tersebar..
Seluruh umat manusia..    ♪

Boleh tersenyum lebar..
Perang sudah tamat..
Terpampang di dada akhbar..
Senjata dah dilucutkan..
Malahan dibakar..

Jalan dah dibuka..
Bekalan dah dihantar..
Pengawal sempadan bersalaman dan bergambar..
Tiada lagi askar-askar luka main kejar-kejar..
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar..

Bumi berhenti bergetar..
Tak perlu rasa gentar..            ♪

Tiang dah dipacakkan..
Bendera berkibar..

Yang sembunyi keluar..
Dah bersinar di luar..                ♪

Burung besi pulang..
Yang sebenar legar-legar..

Langit koyak dah ditampal..
Tiada halilintar..
Laut merah pudar..
Jala kembali ditebar..             ♪

Di desa bunga mekar..
Di bandar bangunan tegar..
Bunyi mercun..
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar..

Apakah benar... Perang dah tamat?

Perang sudah tamat..
Kita jadi buta warna..
Lihat kulit manusia..         ♪

Semuanya sama saja..

Pembunuhan..
Permusuhan..
Semua syak wasangka..          ♪

Harus dihentikan..
Berkuatkuasa serta merta..

Piagam Madinah dihidup dan dijana..
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama..
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama..
Tak disebut..
Tak diguna..
Tak lagi dicari makna..

Perang sudah bubar..
Perang sudah bubar..
Ganti sebiji peluru..            ♪

Dapat sebatang cigar..

Perang sudah bubar..
Perang sudah bubar..      ♪

Ganti sebatang senapang..
Dapat sebiji gitar..

Mereka kata tidak mungkin..
Aku balas benar..
Cuba tutup mata..            ♪

Baca risalah diedar..
Perang sudah tamat..
Ku nyanyi separa sedar..      ♪

Perang dah tamat..
Maaf bukan cerita sebenar..

.....Uthrul Horriyah.....    ♪

.....Auqifull Haq.....

*Boy tarik nafas panjang dan sambung rappingnya*

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan..
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan..
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan?
Bukan aku..                ♪

Bukan kamu..
Ajal Dia yang tentukan..

Ada Torah..
Zabur..
Injil..                  ♪

Ada Quran..
Kalau Iqra'..
Tiada ibu-bayi mati berpelukan..

Ada I-Ching..
Ada Tipitaka..
Ada Veda..            ♪

Habis baca semua..
Baru sedar kita tiada beza..

Kita manusia..
Lain nama dan fizikal..
Persamaan utamanya kita ada akal..
Biar haiwan saja bersifat territorial..
Ok, hypothetical - tiada peta politikal..

Saya orang aman..
Saya bukan orang jahat..
Saya benci perang..
Saya rela bersahabat..       ♪

Nyanyi lagu damai..
Satu dunia ikut rapat..
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat..     ♪


"Assalamualaikum..."

*tiada respond*

"Assalamualaikum.."

*pon sama, tiada respond*

"Assalamualaikum.."

*sambil memegang bahu Boy*

Boy yang tengah syok dengar lagu seperti ada orang yang menyentuh badannya. Boy memusingkan badannya, rupa-rupanya Mat dibelakangnya yang sudah habis menunaikan solat Isyak.

Boy mengeluarkan earphone dari telinganya lalu simpan di bakul motornya sambil berkata..

Boy: "Tak boleh bagi salam dulu ke pak ustaz oii?"

Mat: "Amboi kamu Boy. Gue udah beri salam hampir tiga kali. Cuma kamu itu yang gak perasan doang.."

Boy: "Tiga kali bagi salam? hehe sorry tak perasan. Waalaikumussalam.."

Mat: "Yuk kita langsung aja ke taman. Boleh ngobrol-ngobrol di sana.."

Boy: "Okay jom.."

**

Setelah mereka sampai di taman, boy mematikan enjin motornya. Lalu mereka pergi ke buaian dimana tempat yang mereka selalu duduk. Maka terjadilah perbualan di antara mereka..

Boy: "Mat, aku nak tanya kau something.."

Mat: "Terusin aja.."

Boy: "Apa yang berlaku diwarung Pak Din tadi, aku rasa pelik.."

Mat: "Apa yang anehnya? Gue rasa normal aja. Enggak ada yang aneh.."

Boy: "Bagi pandangan kau lah, Man Gila tu gila ke tak?"

Mat: "Dia tak gila sebenarnya.."

Boy: "Mana kau tahu dia tak gila? Orang kampung pun cakap dia gila bahkan keluarga dia pun cakap man tu gila.."

Mat: "Mereka semua tak perasan.."

Boy: "Maksud kau?"

Mat: "Hijab mereka tertutup.."

Boy: "Aku masih lagi tak faham.."

Mat: "Dia ada kelebihan.."

Boy: "Kau ni, aku tanya sepatah, jawab sepatah. Terangkanlah dengan detail sampai aku faham. Kalau kau jawab satu satu, memang aku takkan faham.."

Mat: "Kalo gue bagitahu identiti Man sebenarnya, memang tak bestlah cerita ni. Lagipun penulis pesan ke gue, jangan bocorkan rahsia siapa sebenarnya si Man itu. Gue nurutin aja kemauan dia.."

Mat: "Haha"

Boy: "Dah dah kita sambung part tadi yang berhenti. Tapi kita berhenti part yang mana ek?"

Boy: "Okay kita sambung part tadi. Kau mulakan mat.."

Mat: "Menurut perasaan loe, apa yang membuatkan loe kata Man itu gila?"

Boy: "Kalau menurut akulah, dari segi perbuatan dia dan percakapan dia.."

Mat: "Perbuatan Man yang mana membuatkan loe kata dia gila?"

Boy: "Pasal dia dapat tembus dinding rumah tadi.."

Mat: "Oh yang itu. Kamu pernah dengar tak tentang betapa jika emas diletakkan bersama logam yang lain bercampur-campur, jika dilihat melalui mikroskop, zarah-zarah mereka bergerak-gerak dan bercampur-aduk antara satu sama lain?"

Boy: "Tak pernah dengar. Lepastu?"

Mat: "Kau tak pernah sekolahkah? Bukankah manusia itu tubuhnya terdiri dari sel-sel? Sel-sel jika dilihat melalui mikroskop hanyalah ruang-ruang kosong saja. Begitu juga dengan dinding batu rumah itu tadi. Jadi jika kosong menyatu dengan kosong maka sudah tentu ia dapat melepasi itu. Ini teori Quantum namanya."

Boy: "Aku bukannya suruh kau jadi saintis.."

Mat: "Haha.. Apa lagi kelakuan Man yang agak aneh menurut pandangan kamu?"

Boy: "Yang pasal dia kawad tadi.."

Mat: "Kenapa dengan Man kawad tadi?"

Boy: "Yelaa, kau tak dengar ke dari sebutan dia dan pergerakan dia tak sama? Dan aku hairan, kenapa dia kawad tengah malam.."

Mat: "Sebenarnya apa yang man sebut kiri, kanan, kiri kanan tadi adalah perkataan zikir La ilaha Illallah"

Boy: "Biar betul kau Mat?"

Mat: "Iyaa gue gak bohong. Gue sendiri dengar dicuping telinga gue yang Man nyebut zikir La ilaha Illallah berulang kali. Sebab itu gue jawab salam dia dan pelawa dia supaya duduk.."

Boy: "Sebab tu kau cakap jugak tadi dia ada kelebihan dan hijab mereka semua tertutup termasuk aku? Tapi kenapa kau sorang yang tahu benda ni? Kau belajar dari mana?"

Mat: "Ini adalah kurniaan dari Allah SWT apa yang diberikan kepadaku. Setiap saat aku selalu bersyukur kepadaNya. Kau sahabat aku, jadi tak salah aku ceritakan pasal Man kepada kau. Dia sebenarnya tak gila. Cuma orang kampung anggapnya dia gila termasuk juga keluarganya.."

Boy: "Beruntungnya aku dapat kawan macam kau.."

Mat: "Kita dipertemukan di sini juga disebabkanNya.."

Boy: "Tapikan Mat, kenapa kita selalu diuji?"

Mat: "Kita diuji atas perbuatan kita. Kita diuji di atas kemampuan kita. Kita juga diuji di atas permintaan kita."

Boy: "Maksudnya?"

Mat: "Bukankah kita juga yang meminta tingginya maqam yang kita mahu dan besarnya rahsia yang kita simpan? Bukankah sebaik-baik doa yang diajar oleh Rasulullah ialah "Rabbana atina fiddunya hassanah, wal akhiratul hassanah" cukup serdahana tapi mendalam.

Bukankah sebaik-baik nasyid "Tuhanku aku tak layak ke syurga firdausmu tapi aku tak mampu menahan siksa api nerakamu....."

Hendak minta mati pun kita juga yang bersetuju dulu untuk menyimpan rahsia dan amanah semasa dalam kandungan ibu kita dulu."

Boy: "Mat jangan dalam sangat. Pening kepala otak aku nak fikir.."

Mat: "Loe yang nanya tadi. Gue jawablah. Haha.."

Boy: "Sambung sambung.."

Mat: "Nyambung?"

Boy: "Sambung apa-apa cerita. Aku ada mood nak dengar ni.."

Mat yang ketawa kecil itu sambil bertanya, "Pernah dengar Sunan Kalijaga?"

Boy: "Bukankah Sunan Kalijaga itu antara yang tersenarai dalam sembilan wali?"

Mat: "Benar. Loe tau apa maksud perkataan Walisongo?"

Boy: "Tak tahu. Fuhh orang berketurunan tanah jawa nak ceritakan tentang sejarah ditanah jawa. Lagi Mat lagi..."

Mat: "Walisongo bererti sembilan orang wali.."

Boy: "Itu je cerita kau?"

Mat: "Sabar. Baru nak mula cerita ni.."

Boy: "Haha baik-baik.."

Mat: "Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, serta Sunan Gunung Jati. Mereka tidak hidup pada saat yang persis bersamaan. Namun satu sama lain mempunyai kaitan erat, mungkin mereka tiada ikatan darah tetapi mereka juga ada dalam hubungan antara guru-murid."

Boy: "Lagi?"

Mat: "Maulana Malik Ibrahim adalah yang paling tua antara mereka. Sunan Ampel adalah anak kepada Maulana Malik Ibrahim. Sunan Giri adalah keponakan Maulana Malik Ibrahim yang bererti juga sepupu Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak Sunan Ampel. Sunan Kalijaga pula merupakan sahabat sekaligus murid kepada Sunan Bonang. Sunan Muria anak kepada Sunan Kalijaga. Sunan Kudus adalah murid Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan yang lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yang terlebih dahulu meninggal dunia. Nama sebenar Sunan Gunung Jati adalah Syarif Hidayatullah. Okay esok kita nyambung lagi.."

Boy: "Kalau nak cerita janganlah bagi ayat tergantung. Tak bestlah kalau macam ni.."

Mat: "Haha, yelah Boy yang ganteng. Gue nyambung lagi ceritanya. Mereka tinggal di pantai utara Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16, di tiga wilayah penting. Yakni Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, serta Cirebon di Jawa Barat. Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada masanya. Mereka mengenalkan pelbagai bentuk peradaban baru mulai dari kesihatan, bercucuk tanam, perniagaan, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan.

"Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukanlah hanya para ulama, namun juga pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah pencipta karya seni yang pengaruhnya masih terasa sehingga sekarang. Terutamanya di tanah jawa. Sedangkan Sunan Muria adalah pendamping sejati kaum jelata."

*boy fokuskan pendengarannya*

"Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia. Khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperanan. Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat "sembilan wali" ini lebih banyak disebut dibanding yang lain.

"Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peranan yang unik dalam penyebaran Islam. Bermula dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan dirinya sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit. Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai "paus dari Timur" hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan perbezaan yang dapat dipahami masyarakat Jawa yakni perbezaan Hindu dan Buddha."

"Sunan Kalijaga antara pendakwah yang menggunakan pendekatan seni dan berbeza caranya berbanding para wali yang lain. Beliau mengubah cerita wayang kulit yang tahyul dengan cerita-cerita Islam dan sesiapa yang ingin menonton diwajibkan mengucap dua kalimah syahadah. Dia mengajar bernyanyi malah dia dan anaknya Sunan Muria (suka beruzlah di Gunung muria) yang mempelopori beberapa permainan tradisional seperti permainan ibu ayam dan helang."

"Sunan Kalijaga pernah bermimpi Rasulullah SAW yang menghadiahkan jubah dan apabila terjaga dia mendapati ada jubah yang muat dengannya. Sunan Kalijagalah yang cuba memujuk Syeikh Siti Jenar agar jangan 'membuka rahsia' dengan bebas. Maksudnya jangan membuka rahsia kepada umum tetapi Syeikh Siti Jenar enggan dan sanggup menerima hukuman bunuh yang diputuskan sidang wali.."

Boy: "Perghhhh!!! Ilmu pengetahuan kau memang mantap. Apa yang kau cerita kat aku ni, aku boleh imaginekan pada zaman era walisongo tu macam mana. Walaupun kau cerita agak ringkas, tapi pengisian kau memang macam ni *Boy tunjukkan ibu jarinya*.."

Mat: "Udah udah jangan berlebihan. Loe selalu mintak nolong sama gue kan? Kali ini gue mau mintak nolong sama loe. Bisa apa enggak?"

Boy: "Jarang kau mintak tolong kat aku mat. Hah apa dia?"

Mat: "Loe tau pondok si Man itu di mana?"

Boy: "Tahu. Kenapa?"

Mat: "Esok temanin gue ke pondoknya yuk. Bisa Boy?"

Boy: "Apa yang tak bolehnya, boleh Mat. Tapi kenapa kau nak pergi sana?"

Mat: "Saje-je mau lihat keadaan Man.."

Boy: "Esok nak pergi pukul berapa?"

Mat: "Kira-kira jam 9 pagi.."

Boy: "Esok aku amek kau kat rumah.."

Mat: "Okay Boy. Kamu mau dengar satu cerita lagi? Kejadian ini berlaku di kampungku dulu.."

Boy: "Wahh bunyinya pun lain macam je. Nak dengar.."

Mat: "Ini kisah bener. Gue gak bohong. Kejadiannya berlaku kira-kira umurku baru jejak 14 tahun..."

*kali ini muka Boy paling excited sekali dia pernah buat sebab nak dengar cerita ni*

Boy: "Lepastu?"

Mat: "Pada saat ini, gue bertiga. Gue, arwah nyokap gue dan arwah kakek gue..."

Boy memotong ayat mat lalu berkata, "jap jap!!! Maksud nyokap itu apa?"

Mat: "Ayahku.."

Boy: "Ayah kau dah meninggal? Mak aihh baru aku tahu. Inna lillah wainna hirajiun. Habis kau tinggal dengan siapa kat rumah?"

Mat: "Gue tinggal bertiga.."

Boy: "Yang aku tahu, kau dengan ibu kau je. Lagi sorang siapa?"

Mat: "Paman gue.."

Boy: "Ohh pakcik kau. Okay mat sambung lagi cerita kau.."

Mat: "Gue nyambung lagi ceritanya. Ketika itu kami bertiga pergi ke sebuah hutan. Penat meredah bukit mencari sedikit kayu, kami bertiga istirehat di atas bukit. Di atas bukit itu kami buat khemah dan membakar unggun api. Apa yang gue ingat, masa itu kakek gue pesan ke arwah nyokap gue jangan pergi ke mana-mana. Tetap tinggal dikhemah. Nyokap gue nurutin aja kehendak kakek gue. Masa itu gue enggak tau kakek gue mau pergi kemana. Selang 20 minit, gue bangun dari khemah mau lihat keadaan sekitar keliling yang penuh dengan bumi hijau (pokok-pokok). Ketika gue berdiri betul-betul di hujung bukit, gue alihkan pandangan gue ke arah bawah bukit jaraknya kira-kira 20 meter. Loe tau apa yang gue lihat ketika itu?"

*boy dengan muka fokusnya sambil gelengkan kepala*

Mat: "Gue lihat kakek gue sedang kusyuk solat yang dikelilingi dengan binatang liar seperti rusa, kambing gurun dan harimau.."

Boy: "Biar betul????"

Mat: "Ketika gue nampak saja semua binatang itu, gue jerit menuju ke arah nyokap gue yang sedang istirehat di khemah. Binatang itu malah kabur semua mungkin kerana kedengaran suara gue yang agak kencang.."

Boy: "Lepastu?"

Mat: "Lepastu gue ngasih tau hal yang berlaku tadi ke nyokap gue. Nyokap gue hanya tersenyum saja setelah dengar penjelasan dari gue. Dia hanya bilang ke gue macam ni, 'nanti kalo kamu udah besar, kamu akan tau kenapa binatang-binatang tadi berada di sekeliling kakekmu yang sedang solat itu.."

Boy: "Jadinya kau dah tahu lah kenapa sebabnya?"

Mat: "Iyaa. Gue udah tau apa sebabnya.."

Boy: "Apa sebabnya. Aku pun nak tahu jugak.."


Mat: "Jika kamu bersikap lemah lembut, ikhlas dan jernih maka semua isi alam ini akan bersahabat dan tunduk padamu.."

Boy: "Apa maksud kau bersikap lemah lembut, ikhlas dan jernih?"

Mat: "Bersikap ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga Allah menyukaimu.."

Boy: "Bagaimana untuk mencapainya?"

Mat: "Keluarkan semua rasa cinta dan sayang dalam hatimu kepada makhluk-makhluk dan lenyapkan ia seperti kamu lenyapkan segala bentuk syirik kepadaNya dalam hatimu itu.."

Boy: "Susah betul nak mencapai macam tu.."

Mat: "Mudah bagi orang-orang yang arif.."

Boy: "Aku masih lagi tak faham.."

Mat: "Apabila alam shagir sudah menelan alam kabir, maka semua akan tunduk dan patuh, umpama nak memasukkan unta ke dalam sebatang jarum.."

Boy: "Bagaimana cara kita nak melakukannya?"

Mat: "Terpulang kepada individu masing-masing. Sesungguhnya apabila kita faham akan diri ini, maka dunia yang terbentang luas pun kita boleh takluki sebabnya semua sudah pun ada di dalam diri.."

*boy buat muka 3 sen*

Mat: "Kamu ngerti apa enggak?"

Boy: "Eh gila kau tak faham. Apa yang kau cakap semua tu aku faham!"

*padahal boy sedapkan hati*

Mat: "Baguslah kalau begitu. Sekarang gue pulak mau lontarkan kepada loe satu soalan.."

Boy: "Hekk elehh Mat. Kau bagi je soalan susah mana, dengan keadaan aku tutup mata aku boleh jawablah.."

Mat: "Bener?"

Boy: "Yaa betul. Cepatlah soalan apa yang kau nak tujukan kat aku?"

Mat: "Kenapa bayi yang baru melihat dunia diazankan dan kenapa kalau seseorang itu udah melihat alam kubur (meninggal) jenazahnya disembahyangkan?"

*Boy tertelan air liur sambil buat muka 2 sen*

Mat: "Haha kenapa boy? Jawablah. Baca balik soalan gue tu. Okaylah gue bagi satu klue. Kluenya ada kaitan dengan perkataan HIDUP. Ayohh, coba tebak apa jawapannya.."

*mat saje nak test boy*

Boy: "Ohh soalan ni..."

Mat: "Kenapa dengan soalan ni?"

Boy: "Soalan ni aku terlepas belajar. Sebab dulu dekat sekolah aku selalu ponteng. Mungkin aku terlepas pelajaran aku dalam bab ni ketika ustazah aku sedang mengajar dalam kelas.."

Mat: "Alasan.."

Boy: "Eh betullah.."

Mat dengan Boy ketawa bersama. Dengan tak perasan, Boy melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 11 malam. Agak lama mereka berborak di taman sampai lupa mereka berada ditaman lebih kurang 2 jam.

"Eh Mat, dah pukul 11 malam! Balik jom?" sahut boy.

"Apa bener udah jam 11 malam?" tanya mat.

"Betul dah pukul 11 malam. Jomlah balik. Esok kau nak suruh aku temankan kau lagi pergi pondok si man gila tu.." sahut Boy.

Mat: "Iyaa udah, yuk kita pulang. Kesian ibuku berada dirumah seorang.."

Boy: "Aihh? Pakcik kau pergi mana?"

Mat: "Pamanku kerja malam. Pulangnya nanti pagi.."

Boy: "Baru aku tahu. Teringin aku nak tengok pakcik kau tu macam mana. Mesti orangnya alimkan macam kau.."

Mat ketawa kecil lalu berkata, "Udah lah. Yuk kita pulang.."

Boy: "Okay jom.."

**

SOALAN MAUT DARI MAN GILA

Jam menunjukkan pukul 11.15 malam, ketika berada di warung pak din, Man Gila yang memegang sebatang ranting kayu dan menanyakan beberapa soalan. Yang ada di warung itu cuma tiga orang, pak din, pak hamid dan Hj Dolah sedang berbual kosong sambil minum kopi di satu meja.

"Siapa kalian sebenarnya dan di manakah 'diri' kalian yang sebenar?" sahut Man Gila yang sedang berdiri tegak dan menghalakan ranting kayu itu kepada mereka bertiga.

Hj Dolah: "Apa lagi yang kau nak merapukan ni Man?"

Pak Din: "Tak baik macam tu pak haji, takpe kita layan je dia ni.."

Pak Hamid: "Betul jugak cakap pak din tu.."

"Kalau korang dah cakap macam tu, Okay.. Aku boleh je layan dia ni.." sahut Hj Dolah kepada Pak Hamid dan Pak Din.

Hj Dolah: "Apa maksud kau Man? Kami tak faham.."

Man Gila: "Contoh, jika seorang manusia itu bernama Abu, dimanakah yang dimaksudkan dengan "Abu" itu? Sudah pasti dia akan menunjukkan dadanya dengan berkata "di sinilah Abu!" Namun betulkah begitu? Kalau tiada tangan masih Abukah dia? Kalau tiada kepala masih Abukah dia? Bagaimana kalau dia tiada akal? Abukah dia? Di manakah kalian yang bernama sebenarnya?"

*mereka bertiga terdiam sekejap, sunyi sepi. Yang berbunyi cumalah bunyi cengkerik*

Man Gila: "Di manakah kalian sebelum lahir nyata ke bumi? Sedarkah kalian bahawa roh kalian pernah berjanji di alam Lauh Mahfudz ketika Maha Pencipta bertanya "Benarkah aku ini Tuhan kamu?" dan kamu semua menjawab "Bahkan!"

"Di mana kita sebelum sebelum sebelum itu dan ke mana kita selepas selepas selepas ini?"

Lalu Man gila pun pergi meninggalkan warung pak din. Mereka bertiga ternganga setelah mendengar soalan maut dari Man gila.

Hj Dolah yang merasa agak malu, lalu berdiri dan mengeluarkan duit RM 2 dan meletakkannya di atas meja.

Dengan nada serentak pak din dan pak hamid bertanya, "Nak pergi mana Pak Hj?"

Hj Dolah: "Mana lagi, nak baliklah. Dah lewat malam ni.."

Pak Din: "Alaahh Pak Hj ni, awal lagi nak balik.."

Pak Hj: "Bukan masalah awal ke tak, tapi aku takut bini aku membebel kat rumah tu.."

Pak Din: "Confirm takut bini.."

Hj Dolah: "Mana ada. Eh sudah lah, aku balik dulu. Jumpa lagi esok. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." jawab pak din dan pak hamid.

**

Sedang Hj Dolah mengatur kakinya menuju ke rumahnya, Hj Dolah sempat menoleh ke rumah Ahmad Kamil (Mat). Apa yang dilihatnya ketika itu, rumah Mat masih lagi bercahaya bermakna Mat dan ibunya belum lagi tidur.

Hj Dolah mengalihkan kembali pandangannya ke hadapan menuju terus ke pintu depan rumahnya seraya memberi salam, "Assalamualaikumm.." sambil mengetuk pintunya.

"Waalaikumussalam.." jawab isterinya yakni Puan Hajah Fatimah.

Isterinya membuka pintu untuk suaminya, lalu Hj Dolah pun masuk ke dalam rumah.

"Dari mana bang?" tanya isterinya.

"Mana lagi kalau bukan dari warung pak din.." jawab Hj Dolah sambil berjalan menuju ke dapur.

"Ohh dari sana. Sebelum masuk bilik cuci kaki cuci muka dulu. Wudhuk jangan lupa.." sahut isterinya.

"Saya tahu.." jawab Hj Dolah.

"Saya cuma ingatkan saja.." sahut isterinya sambil menuju ke biliknya.

Selepas mengambil wudhuk, Hj Dolah pun masuk ke dalam biliknya lalu menukar pakaian yang agak selesa untuk tidur. Setelah baju dan kain pelekatnya disarung, maka Hj Dolah pun baring di atas katil bersebelahan dengan isterinya.

Semasa Hj Dolah baring, dia teringatkan 'soalan maut' yang Man lontarkan kepada dia tadi. Dia berfikir sedalam-dalamnya, "Apakah maksud Man gila tu?" bisik hatinya. Setelah penat berfikir, Hj Dolah pun tertidur dengan lenanya. Di dalam lenanya itu, maka datanglah suatu suara..

"Siapa Tuhan Kamu?"

Suara itu... Entah siapa.. Tapi dia dapat rasa ia datang dari "diri" dia sendiri.Tapi bukan dari mulut tapi dari 'dia' malah bukan dari sebarang bunyi yang boleh dia keluarkan.

"Siapa Tuhan Kamu?"

Hj Dolah mahu menjawab tapi mulutnya terkunci dan tak mampu bersuara, panas makin menggigit. Ingatannya tiba-tiba makin pudar terhadap "nama" itu. Bagaimana hendak menjawab?

"Aku selalu lihat kau menyebut nama itu. Beribu-ribu dengan tasbihmu, mengapa hari ini kau tidak mampu menjawabnya?"

Hj Dolah kumpulkan kembali ingatannya yang entah kenapa ia tiba-tiba menjadi lemah. Bayangan tulisan huruf kalimah namaNya terlintas di hadapan Hj Dolah. Ya! Hj Dolah dapat mengecam tulisan bernama itu, tetapi ah!! Ia perlahan-lahan berkecai dan hilang!

"Apa yang kau sebutkan selama ini?"

Entah! Saya tak tahu. Saya selalu menyebut nama itu dengan bantuan suara dan huruf. Ya betul! Huruf itu adalah Alif Lam Lam Ha!!!

Tapi itu huruf! Bagaimana boleh aku jelaskan kepada sang suara itu siapa Tuhan aku kalau suara dan huruf sudah tidak diperlukan lagi?

Bagaimana bahasa hendak digunakan?

Hendak menunjukkan namanya dengan sebutan, huruf dan suara tiada lagi..

Hendak mengecam zat yang dikatakan wujud, aku tak boleh melihat maujudnya! Aku tak mampu menghuraikan "rupa" dan "wajahNya"!

Hendak membayangkan bagaimana sifatnya aku tak dapat menggapainya!

Hendak menghuraikan Af'aalNya aku tidak mengenal lagi..

Ya! Aku bagai melihat bayang selama ini tapi tak boleh menangkap dan memeluk bayang itu. Aku cukup pandai bercerita tentangNya tetapi aku belum dapat membuka pintuNya!

Walhal pintuNya mana pernah tertutup..

Cahaya itu pergi dan enggan menyoal lagi kerana aku sudah gagal menjawab soalan pertama!

Tiba-tiba Hj Dolah bangun dengan mengejut sambil spontan dia beristighfar. Raut wajahnya agak merisaukan. Tubuh badannya berpeluh menggeletar. Dilihat ke sampingnya, didapati isterinya masih lagi lena dibuai mimpi. Hj Dolah melihat jam loncengnya yang pada saat itu jarum jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dia bangun dan berjalan sambil menggigil menuju ke bilik air mahu mengambil wudhuk untuk bertemu denganNya. (Solat Tahajjud)

Tiada ulasan: