Untuk menjadi Mukmin sejati, perlu kepada pengorbanan dan usaha-usaha yang berterusan,
iaitu berkorban dan berusha untuk mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t. Muraqabah terhadap Allah s.w.t adalah sifat
jiwa seorang Mukmin.
Ketika malaikat Jibril a.s. pada suatu kesempatan mengunjungi baginda Rasulullah s.a.w. , baginda
menanyakan hal mengenai Islam, Iman dan Ihsan .Muraqabah adalah suatu jalan yang sangat berkaitan dengan Ihsan—ketika
kita beribadah kepada Allah , seakan-akan kita melihat Dia. Walaupun kita tidak
mampu melihat Dia; Dia pasti melihat kita. Ini adalah bentuk tarbiyah untuk
menjadi Ihsan.
Seorang
Mukmin yang bermuraqabah terhadap Allah akan sentiasa merasai dan yakin sepenuh
hati bahawa Allah s.w.t mengawasi segala perjalanan hidupnya, perasaannya,
bisikan hatinya samaada dia berseorangan atau bersama orang lain. Mukmin sejati
yakin peristiwa di Padang Mahsyar tempat di hisap dengan seadil-adilnya segala
amalan dan perbuatannya ketika di dunia ini. Perasaan takut, malu dan gementar
untuk berhadapan di Mahkamah Allah s.w.t nanti membuatkan hati dan jiwanya
sentiasa muraqabah terhadap Allah s.w.t.
Ingatlah ketika di
sana nanti lidah menjadi kelu, giliran
anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua
perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki , bumi yang dipijak,
hari dan masa yang bejalan serta lainnya akan mengaku perbuatan itu dan ini.
Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan
sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!
Di tambah
pula akan di tayangkan 'video clip' atau cctv Allah s.w.t. yang merakamkan 24 jam tidak berhenti-henti semua
perbuatannya semasa di dunia.Ia tidak boleh berbohong dan berdalih. Semua ini
akan menyingkap kekejiannya. Memalukan dan membawa segunung penyesalan kepadanya.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah
s.a.w membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi
menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu
apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"
Para sahabat
menjawab:" Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki
ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya." Bumi
akan berkata: 'Dia telah melakukan itu
dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Orang yang muraqabah berperibadi tenang walau pun mendapat
nikmat, pujian, atau menghadapi kesusahan, tohmahan dan seumpamanya. Dia
merasa bimbang sekiranya kehilangan redha
dan pertolongan dari Allah s.w.t.
Nabi s.a.w pernah
berpesan yang bermaksud :
"Seorang
Mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam
Mukmin."
Maknanya , ketika
dalam hati sesaorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan
melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai
pengawasan Allah s.w.t. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah s.w.t melihat serta
mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.
Hati orang
Mukmin dan hati yang
dapat muraqabah bersedia menerima tarbiyyah dan peringatan, kerana
segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan.
Firman Allah
s.w.t yang bermaksud :
"Oleh sebab itu
berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9).
Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk
melakukan kesalahan terhadap Allah s.w.t seperti firmanNya yang bermaksud :
"Orang
yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa,
ayat 10).
Latihan paling utama ke arah mendidik hati yang
hadir ialah menerusi ibadat solat. Apabila
di dalam solat sesaorang itu merasai Allah
s.w.t mengawasinya, maka ketika di luar solat atau di mana jua berada hatinya
akan tetap muraqabah.
Nabi s.a.w di waktu
malam banyak menghabiskan masa untuk bersolat tahajud, bermunajat, berdoa dan
memohon ampun kehadrat Allah a.w.t. Contoh peribadi mulia ini semestinya
menjadi pedoman dan amalan setiap para da'i untuk merapatkan hubungan dengan
Allah s.w.t, mencari tenaga baru untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan
tarbiyyah.
Sayyidina Umar al- Khattab r.a berkata,
"Hisablah dirimu
sebelum di hisab pada hari kiamat"
Setiap
Mukmin perlu sentiasa muhasabah diri demi
kebahagiaan masa hadapan.
Firman Allah
s.w.t yang bermaksud :
"Hai orang-orang
yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang
memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).
Kecemerlangan hidup manusia sebagai hamba Allah s.w.t adalah terletak kepada
ketaatan pada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mematuhi tanpa
soal Kitab Allah s.w.t dan sunnah NabiNya.
Nabi s.a.w
bersabda maksudnya :
"Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya
serta beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya, sedangkan orang yang lemah
adalah yang dirinya mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah
s.w.t"(Hadis Riwayat Imam at- Turmudzi)
Imam Mubarakfuri berkata :
"Orang yang lemah
adalah bersambong dengan lemahnya ketaatan kepada Allah s.w.t dan selalu ikut
hawa nafsunya tidak pernah minta ampun kepada Allah s.w.t bahkan selalu
berangan-angan bahawa Allah s.w.t mengampunkan doas-dosanya"
Panjang angan-angan atau
berangan-angan adalah satu sifat peribadi yang tidak di sukai oleh Nabi s.a.w,
mereka-mereka yang memiliki sifat ini sebenarnya
malas berusha, mengikut hawa nafsu dan
terpengaruh dengan pujukan syaitan laknatullah.Setiap barang yang
berharga perlu di bayar dengan harga yang mahal, kejayaan untuk mendapat
sekeping ijazah perlu di sertakan dengan usaha yang gigih dan berterusan,
begitu juga SYURGA ALLAH S.W.T, untuk memilikinya perlu pengorbanan, jihad yang berterusan, mujahadah,muraqabah
dan muhasabah.Di dalam Syurga yang penoh nikmat dan rahmat hanya layak
di duduki oleh mereka-mereka yang memiliki hati yang salim, hati yang bersih,
hati yang ikhlas dan hati yang bebas daripada syrik kepada Allah s.w.t.
Marilah
sama-sama kita menjauhkan diri kita daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan murka Allah s.w.t dan kita berusaha untuk beramal
ibadah, amal soleh dan sentiasa memperbaruhi iman kita dan sentiasa
bermuraqabah terhadp Allah s.w.t. Ingtlah! Sifat Allah s.w.t. Maha Melihat dan
Maha Mendengar dan Dia sentiasa melihat dan memerhatikan diri kita dari tutur
kata, perbuatan hinggakan niat-niat dihati yang
tersembunyi semuanya dapat dilihat dan di dengar oleh Allah s.w.t.
Adakah kita tidak takut dan malu kepada Allah s.w.t sedangkan
terlalu banyak nikmat dan rezeki yang telah Allah s.w.t kurnikan kepada kita?
Adakah kita masih tidak mahu menjadi hamba-Nya yang
bersyukur?
Rasulullah
s.a.w mengajar kita untuk sentiasa berdo'a kepada Allah s.w.t maksudnya
:
" Ya Allah,
sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat
pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketaqwaan
kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan,
Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu
daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak
puas dan do'a yang tidak di kabulkan"(Hadis Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan